Thursday, June 20, 2013

hobbies talks


"aku pelik budak pompuan suka main transformers." colleague aku cakap kat aku pagi tadi.

*****

basically action figures yg aku beli adalah figures yg aku suka (sangat) anime & manga dia; cam one piece, evangelion, and fma. abang aku yang first2 start beli figures masa dia kat MMU, dia beli gundam. aku x minat pun gundam, tak folo sangat anime dia, tapi aku suka tengok abang aku pasang model kit mende tu and since sekolah dulu aku suka tengok diorama gundam kat sungei wang. aku suka bila diorg repaint, buat background bangunan runtuh, environment, and special effects. 

kalau ko baca doraemon, dulu kan ada nobita & sinyu buat diorama robot. lebih kurang camtu la.

aku lebih terikut abang2 aku punya minat instead of akak aku. akak aku suka melawa (after dia form 4. before that dia tomboy). akak aku ajar aku pakai baju lawa2, jeans branded, beg tangan ni, perfume tu, shampoo ni, lipbalm tu. tapi aku lagi suka gi sungei wang beli figures and poster sbb abang aku buat camtu. ingat lagi dulu, masa aku sekolah, ma wing shing datang KL. aku ngan makcik aku teringin gile nak pegi tapi kitorang tinggal kat muar, xde duit, x reti nak pegi, xde org nak bawak. abang aku masa tu either kat SAS atau dah masuk MMU, dia pegi and belikan makcik aku poster tanpa nama. makcik aku frame and still ada lagi kat kampung sampai sekarang.

dulu abang aku selalu beli poster kain rei ayanami besar gile sangkut kat umah yang aku rasa cool gile (agak lucah la, seksi kot uniform dia). padahal aku x minat pun ayanami. aku rasa sume watak manusia dalam evangelion emo.  

masa aku kecik, bapak aku tak bagi aku kuar umah. time abang2 & akak aku g main parit, aku lepak umah trace komik doraemon. dari situ aku start melukis sikit2, masa darjah 1 aku dah buat komik sendiri, paksa sume orang baca. mak aku yang paling supportive dr dulu sampai skang. komik bodoh budak 7 tahun lukis, mak aku puji melangit.

aku ingat lagi aku hantar lukisan kat KFC Hours, setiap pagi sabtu aku tunggu depan TV ngan mak aku, berharap diorg siarkan lukisan aku. setiap pagi sabtu juga aku akan kecewa. wakaka. tapi pastu tengok citer hercules, ok balik (bila ingat balik citer hercules or dewa dewi greek zaman dulu2, gile lucah. boleh lak budak2 dok tengok ramai2).

abang aku kalau part melukis, dia memang power. spm dia, seni dia dapat A1. bila SPM aku, seni aku dapat A2, abang aku kutuk (padahal dia nyer SPM seni je A1; aku pulak yg lain A1 seni n agama je A2 wahaha. pastu husband aku lak kutuk aku sbb agama dapat A2).

masa aku form 4 abang2 aku dah dewasa so diorg punya minat dah 'matang' sikit. diorg start download manga seinen intead of shounen. so start form 4 aku mula prefer seinen instead of most shounen n shoujo yg aku rasa lame.

masa study kat adelaide adalah zaman kegemilangan aku menonton anime, membaca manga, bercosplay, tengok drama korea, gi event anime, and mengumpul figures. masa tu aku x start evangelion lagi. aku beli basic models op, bleach, n fma. housemates aku sume kaki anime walaupun mereka bertudung labuh dan menyertai usrah. lepas jemaah teraweh kitrg layan get backers ngan law of ueki :p

bila balik malaysia aku slow down, takde geng. aku tak melukis, tak baca manga, tak gi sungei wang dah. boring la time tu, aku cam takde minat, takde distraction, pegi keje balik keje je. then hujung tahun 2011 aku bukak akaun twitter, dari situ aku follow ramai kartunis and kaki melukis, start join groups & events. aku gi sorang2 masa tu. nasib baik diorg oke je.

first time aku chat ngan husband aku, dia bgtau dia selalu lepak amcorp on weekends. in which aku terkejut sbb baru je last weekend nyer aku gi amcorp lepak ngan bebudak dirtiehand. dari situ dia bgtau dia collector transformers etc etc. first question aku, "asal tak buat diorama?" 

later on after kitrg dah kapel, dia cakap dia terkejut ngan soalan aku tu, sbb dia memang ada terfikir nak buat bila ada rumah and ada space nanti.

aku tak penah tengok anime transformers, tapi aku suka movie dia. bila husband aku ajar main transformers, aku takde attachment or sentimental feelings, tapi aku engineer. aku belajar design and aku buat plastic injection molding. first time husband aku ajar transform kereta ke robot, robot ke kereta, aku rasa cam nak unscrew semua parts and tengok cane diorg assemble mende tu. in which dalam mimpi je la (sebab aku penah crack kan tf husband aku, ingat lagi muka dia sedih gila tapi takleh nak marah, awek baru kapel mah).

first weeklyversary (whateva) kitorang kapel, husband aku belikan soul of chogokin evangelion. dia letak bawah seat kete. melompat2 aku (dalam kete) bila tengok. thats the turning point aku start collect evangelion, in which aku yang collect, tapi duit laki aku yang banyak abes :p

*****

.. so menjawab statement colleague aku tadi, aku tanya dia dengan poyo, "ko tau betapa banyak mechanical engineering factor dalam satu design toy transformers?"

(aku pun tak tau. kengkadang je aku baca engineer hasbro share experience diorg kat forum).

then dia jawab, "tapi aku lagi suka robot yang ko boleh masukkan orang kat dalam tu, control dari dalam tu."

aku rasa cam nak belikan dia either gundam ataupun eva.

*****

*sabtu ni berjaya memujuk hubby gi balai seni lukis untuk pekomik nyer talks and discussion :D

*aku penah gtau husband aku yang aku cosplay as portgas d ace (tapi aku pakai baju!) ngan akatsuki dulu masa kat adelaide. dia senyap and cakap kat aku, pasni tayah buat dah la. aku rasa dia nak kutuk tapi bini dia jugak kan, hahaha!

*weekend before puasa membe husband aku ajak gi studio kenalan dia, mamat tu buat customizing, repaint, etc. aku nak blaja repaint pakai airbrush, so kalau aku jadik pegi nanti aku updet.

*ps: abang aku, bini dia, n mikael balik doha arini. aku x dapat anta sampai epot sbb xde cuti. sebak aku pagi tadi mikael panggil aku, "auntie anne! auntie anne!" dia manja ngan aku sbb mmg dari dia baby, aku dok lepak umah abg aku melayan dia. nanti tunggu la diorang balik melesia, aku pakaikan mikael cam shin chan, bawak dia gi comic fiesta.

*bila abang aku tgk toys aku n laki aku, dia cakap, "dulu time study aku xde duit nak beli, aku tengok je orang beli. bila dah keje aku pun lupa" (sambil cilok transformers aku beli untuk anak sedara kat kampung). dia keje animasi dulu, tapi zaman tu xleh survive, so dia amik ptd and skang kat embassy doha. last time masa kursus diploma pentadbiran awan (dpa) untuk ptd2, dia amik subjek seni sbb bagi dia senang. hujung diploma tu diorg ade art exhibition. malam sebelum exhibition aku lepak umah dia sbb dia nk pinjam charcoal, pen, easel, watercolors etc. dah lama dia tak melukis, tapi bila dia start, memang cam haram. dalam 2-3 jam malam tu dia siapkan 3 lukisan untuk exhibit, in which one of them ksu favor. dem.

*mak andam cukur kening aku masa mekap aritu. skang kening dah start nak tumbuh balik, berterabur gile. tayah la korang cukur kening, memenatkan nak maintain kalau rajin. kalau malas cam aku menambahkan serabut.

june 2013.


16 comments:

  1. "kalau ko baca doraemon, dulu kan ada nobita & sinyu buat diorama robot. lebih kurang camtu la."

    ya betui... begitu juga dlm keroro gunso, ada part dorang buat diorama robot, hobi masa lapang hehe. Aku hardcore komik doraemon dulu, best betoi baca doraemon zaman tu ^^

    "komik bodoh budak 7 tahun lukis,"

    LoL... ya aku pun lalui fasa ini, siap ada buat paper flip animation (3 - 4 kertas), lukis rama-rama n burung tengah terbang, flapping sayap... wahkaka nostalgia betui, bleh gelak sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah buat book flip animation. Paling banyak aku buat satu buku nota 300 mukasurat. biasanya buku teks aku jadi mangsa.. wkwkwkw

      Iyer betul, aku kagum macam mana diorang boleh buat Optimus Prime Leader class sampai cenggitu sekali. Rasa nak unscrew semua nak tengok macam mana diorang boleh buat semua tue... tapi aku takut aku tak reti nak pasang balik..

      koh koh koh

      Delete
    2. yup.. flip animation! sangat olskool. skang ade je kat utube diorg buat goku lawan bezita. smart. gile ko aujin buat 300 ms.. aku kalau dapat 3 ms da cukup baik :p

      doraemon sangat kena ngan kehidupan budak2 jepun, and ade tempias kat kita jugak :) sampai sekang aku suka baca

      aujin: haha aku nak buat jugak, tapi aku buat kat KO version je la nanti. murah sket :p

      Delete
    3. hahah jinz, mesti bucu2 mukasurat buku teks skolah ko abis ko conteng kan... wkwkwkwkwkw XD

      robot aku tak penah try pasang, tapi miniature model rangka dinosour aku penah try pasang hehee :D

      Delete
    4. ko cakap pasal rangka denosaur ni plain, baru aku ingat. membe aku gi trace bentuk rangka2 tu pakai illustrator, pastu remodel pakai 3D modelling, pastu anta laser cut, tayah beli. copycat sungguh, hahaha

      Delete
  2. watt watttt nk tgokkkk cosplay potgas ! haha XD i prnah cosplay jd haruhi suzumiya jee :D .

    keke in terms of hobbies i can be both girly and boyish too . i mean suke dressup2 berhias2 but im crazy with comics , certain action figures games too ~

    hehe rite now collection dragonball ada full , doremon bnyk gilaaa n shin chan i think i have most of the vol smpi la pelukis original die da takde .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku penah tgk gamba cosplay ko, nais :D alaa yg portgas tu aku just buat topi smiley dia je. pastu pakai jaket yg ada logo mugiwara pirates kat belakang. aku nk buat tatu kat badan belakang ace, masa tu still lambang salib kat badan dia, so x boleh la. after that oda tukar kepada yin n yang.

      haha aku kalau rajin aku berhias, tapi biasanya malas. aku bese bersolek kalo nk jupe husband aku je. dulu sebelum kawen budak opis aku cakap, "datang keje muka cam mayat. balik keje bergincu bercelak bagai nak jumpa tunang." :p tapi sejak kawen ni kat umah pun aku asek sembur perfume la untuk husband :D

      aku suka shin chan.. baca since darjah 2. betapa kita membesar ngan komik, masa darjah 2 aku rasa shin chan tu x appropriate gile citer dia. tapi bila dah besar suka pulak, hahaha

      Delete
    2. hehe skang baru aku tau kenapa id youtube ko portgas de ann :D

      Delete
    3. hahaha, ada satu chapter one piece ni, masa mak ace mengandungkan dia, kalo popuan dia namakan ann, kalo lelaki ace :p tapi nama tu aku da pakai lama dah masa study dulu sebelum chapter tu keluar pun :D

      Delete
  3. wahh panjangggg...hahaha..aku sampai sekarang ada simpan complete set 1hingga 400 pedang setiawan...

    "dah lama dia tak melukis, tapi bila dia start, memang cam haram." hahaha.skills takkan hilang cuma kena asah sikit jer...

    kueh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, makcik aku gi sedekah sume koleksi komik hongkong dia kat hospital tempat arwah nenek aku duduk masa sakit dulu, supaya org2 yg tunggu pesakit boleh baca2. sekali doktor2 ngan nurse2 bawak balik umah untuk anak2 diorg, sengal betul

      Delete
    2. apa punya perangai staff hospital la itu macam... huh :(

      Delete
  4. hime chan, how's the air quality over there? i hope it's not that bad ne... shikari shite ne hime chan (*>_<*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenx for asking. kat utara tade efek ke? putrajaya taleh bukak tingkap rumah dah, luar bau asap. KL makin teruk, start kena pakai face mask la plain, dalam opis pun bau asap :'(

      tapi kampung aku kat muar lagi teruk, dah sampai 700++ tgk la weekend ni aku balik kampung, tatau lagi cane

      Delete
    2. oh noes that must be very very suffocating, hope it rains soon over there ne, kalo hujan kurang skit efek jerebu tu huhuu, shikari shite ne *hugs*

      kat sini so far mcm takde apa2 efek, tapi ada yg cakap ada sikittttt hazy bila pandang ke arah bukit, sikittt je la, tak obvious... air quality is fine. I hope it rains soon over there in the south and sumatera, sama2 kita doa pada Allah s.w.t :)

      Delete