Thursday, June 27, 2013

ramblings, one year after.


borak2 ngan husband aku pasal komen seorang tanpa nama kat satu blog ni. dia cakap, sesapa yg tak kenal running man tu ketinggalan zaman & katak bawah tempurung. bahawasanya kita rakyat malaysia patut berbangga sebab artis hebat camtu sanggup mencemar duli datang malaysia (ok yang ni aku exaggerate).

ofcoz, komen budak2 camtu orang tak heran pun sebenarnya, saja je ambush.  

ada membe2 baik aku kpoppers tegar. diorg jenjalan kat korea, organize events, pegi konsert. membe aku yg terer graphic, buat poster & badges.
bila kpop kena kutuk kaw2 (siap kena baling ngan sampah masa konsert), sedih diorg. ada sekali kena kutuk dengan teruknya kat twitter (ngan membe2 kitorang jugak) sampai yang sorang ni buat separate account; satu akaun untuk ber-kpop-an dan satu lagi akaun 'menjalani kehidupan biasa'. 

aku perasan bebudak yang suka kutuk2 ni biasanya lelaki; contohnya membe2 aku & laki aku. kutuk general tu bese la, tapi aku tak setuju bila diorg start aim to individual level. dah twitter tu memang tempat meroyan, sukati minah tu la. kalo x suka:- unfollow. tapi cam x bes la kan unfollow sebab memang tujuan follow pun sebab nak tengok member ko tu meroyan kutuk bos atau mende2 personal yang tak appropriate untuk dia tulis kat fesbuk; tapi dia nak jugak tulis kat alam maya (i.e. bagitau orang) so dia pun tulis la kat twitter atau blog (lalala~~)

so nak mengutuk tu pun mende sihat tapi jangan la sampai membe tu siap kena buat akaun lain. macam mecha_praline cakap, setiap orang ada mende yang diorg minat. kalo nightwish datang malaysia buat konsert pun aku nak tiket first row (hint: hubby, hubby, hint, hint).  

tapi bila kpopper tegar tu mempertahankan running man dia dengan buat statement yang aku dah exaggerate kan kat atas tu, silap besar la.

aku tengok running man, memang la best tapi xde la bila mamat yg sorang tu datang malaysia aku rasa nak gi klia terjerit2. agak2 la korang ni pun. even kalo takuya kimura datang pun aku nak gi amik gambar pun malas.

kalau miyazaki hayao tu lain citer. ghibli studio kat jepun, aku sanggup pegi (hint: hubby, hubby, hint, hint)

bes lagi gaki no tsukai woi! mentang2 la gaki no tsukai tu pakcik2 tak hensem yang tak buat plastic surgery, korang tak amik tau pun. double stended korang ni.

***

by the way, hadiah2 giveaway dah sampai. tenx kepada:-



check out all those cute handmade wedding props & door gifts, she's taking commissions too! 

*malam tadi buat sup ayam resepi plain, dah guna dah rempah ratus dalam jar doorgift tu :)




dah dapat dah headphone, sound bes :D tenx a lot!

since husband aku dah ada headphone kat opis, aku bawak g opis aku, earphone lama pass kat membe. jangan pasni kne rembat dah la.

***

*sekarang tengah berhutang fridge magnet + drink coaster commissions & requests daripada kengkawan & fellow bloggers. even fridge magnet dilla haritu aku kena buat balik, sebab pakai salah sealer. aku sembur ngan clear acrylic without coloring the coaster, turns out surface dia jadik cokelat gelap & x lawa. should have used glass / matte sealant instead. im terribly sorry!*


*sketch sketch*


*additional ones, images googled and printed*

*kueh tanya apsal tak lukis lelaki? aku tak reti. kau baca x shoujo? popuan dia lukis bapak lawa. tapi lelaki, dia just tajamkan mata, panjangkan hidung, tukar rambut. aku pun camtu la lebih kurang, unless time lukis tu aku refer gamba lelaki macho. nak wat caner.. dulu aku kipas-susah-mati sailormoon, wahaha*

*cradle of filth da masuk singapore, metallica bakal. what next? what next? (hint: hubby, hubby, hint, hint!)

***

happy one year anniversary azran hazim abdul wahab, last yer on this date kita tengok brave kat midvalley, malam tu kita pekena sup jakarta kat sk. pastu kita confess2 awww sweet. malam kang kita gi makan tempat best2 eh? ok bai.  :p 

28th june 2013.


Tuesday, June 25, 2013

unfinished sketches.


cleaning up my pc, sorted out all sketches i did. it was fun to see them altogether, those unfinished.


 
 





















 









 










 




june 2013.