Wednesday, January 1, 2014

akemashite omedetou gosaimasu!


awal2 kawen aritu, aku ngan hubby plan untuk berusaha dapatkan baby tahun ni, 2014. so at least kitrg ada masa nak stablekan marriage life & finance dulu sebelum prepare untuk kedatangan orang baru. then after sebulan kawen, aku perasan yang aku start cepat penat time petang, masa hubby amek kat lrt station. dalam kete aku da tertido. balik umah, around pukul 9-10 aku dah pengsan dah.

kat opis, time lunch hari2 aku tido. selalu sedawa, and macam2 lagi perubahan kat badan. aku suspect aku preggy, so aku google tanda2 pregnancy, tapi tak dapat nak confirmkan sebab tanda2 dia lebih kurang tanda nak period je. 

then membe aku bgtau dia miscarriage sebab pegi futsal, dia tatau dia pregnant masa tu. cuak la gak dengar, so by the date of first period aku, bila tak uzur jugak, aku terus plan nak gi check. aku bgtau hubby aku balik sendiri hari tu, aku singgah alamanda nak beli pregnancy kit. on the way kat dalam cab, aku dah cuak. camner kalo betul2 preggy? gile ko, nak jadik bini pun tengah tunggang terbalik lagi, ni kan nak jadik mak orang.

aku ingat lagi, cab berenti kat depan secret recipe, aku berjalan nk gi watson. tetiba aku rasa ada 'discharge'. pompuan paham la kan ape aku cakap tu. aku pun fikir, oh, period dah keluar dah kot. so instead of jalan pegi watson, aku jalan pegi toilet.

masa nak gi toilt tu baru la aku rasa frust giler.. sedih giler.. aku nak baby... macam Tuhan bayar cash je, tadi ko taknak kan.. Dia amik balik...

check kat toilet, no, bukan period. so aku beli pregnancy kit, balik umah terus check. instruction suruh tunggu around 30 seconds, tapi within 2-3 seconds aku dah nampak 2 line. syukur giler masa tu.

terus call hubby bgtau aku preggy. hubby aku diam, pastu cakap, "okay, tahniahh!!!" hahaha hubby aku pun terkejut. untuk confirmkan, aku buat lagi sekali, pun 2 line.

akak aku ade kat umah. dia tgh pregnant sebulan time tu, dia balik putrajaya sebab nak check-up kat an-nur. tapi masa dia pegi klinik, doktor x nampak kantung baby kat dalam rahim. takut pregnant luar rahim, dia ngan abg ipar aku plan nak balik muar malam tu in case kena bedah ke apa. sebab kalau buat kat putrajaya, tader orang nak jaga yayan. kitorang sume kije. muar takpe, ada ramai sedare.

masa tu aku perasan yayan suka giler kat aku, asek senyumm je kat aku. tapi aku lom bgtau sesapa lagi sebab nak lepaskan akak aku punyer hal dulu. dia memang jenis traumatized pasal pregnancy, sebab first baby meninggal dalam rahim masa 5-6 bulan. tapi alhamdulillah check kat muar, doktor nampak kantung baby. oke je sume. so nex yer parents aku dapat 2 cucu straight insyaAllah, akak aku due bulan 3, aku due bulan 4. sebelah hubby dah cucu nombor 7 :D

komen hubby aku sepanjang aku pregnant, "pompuan mengada2 lepas tau diorg pregnant. sebelum tau tu oke je," itu jugak pengakuan sume akak-akak kat opis aku. wakaka.

masa awal2 hubby macam takde perasaan sangat ngan pregnancy aku. tapi after first scan, hubby aku la yang dok ajak scan baby every week. thanx for everything sayang! 

orang dok cakap perut aku kecik untuk 6 bulan. tapi bila ukur masa check up, oke je. maybe sebab aku x minum susu, so badan tak naik sangat. tapi aku berazam nak makan banyak2 supaya baby sihat. pas deliver nanti diet lah bersungguh2.

now baby aktif menendang2. especially masa nak tido & masa lapar. my new year resolution, jadik bini yang baik dan cantik, anak yg baik dan kaya, dan jugak mak yang reti jaga anak. heppi new yer sume!


02 jan 2014.


No comments:

Post a Comment