Thursday, March 13, 2014


sambil2 menunggu hubby pick up aku kat opis aritu, tetiba bahagian perut sebelah kanan rasa sakit. aku memang biasa sakit kat situ, so biar je la dulu. then masa jalan ke lobi, rasa makin sakit. even nak duduk kat tangga pun dekat sepuluh minit gak la aku berusaha nak duduk sebab carik posisi daripada berdiri ke duduk tu seksa gile.

malam tu kitrg gi klinik. doktor check urine, cakap ade infection, tapi sikit je. so apesal aku sakit sangat? dia takut ade kaitan ngan appendix, suruh aku g hospital. pegi emergency kat hospital putrajaya, diorg suruh gi wad bersalin sebab dah 33 weeks. nurse ikat perut sebab nak monitor jantung baby, and baby tetiba pulak aktif gile malam tu, asek bergerak2 menendang sana sini. so nurse ikat lagi kuat, lagi la sakit perut aku. nak mengiring kiri kanan pun tak boleh lepas tu.

diorg call doktor hazim (aku checkup ngan doktor hazim kat hosp putrajaya), tanya nak buat ape, sebab urine ok, blood ok, contraction takde, baby pun aktif je. so doktor suh admit, monitor untuk malam tu. hubby gi kaunter, kne bayar deposit 3k untuk admit. kitorang cam pelik la, sebab sah2 belum nak deliver pun, asal kena bayar depo sampai 3k. and then insurans kampeni aku & hubby cover je kalo kne admit hospital. tapi disebabkan aku register under fpp, kena pakai skim fpp kalau admit under o&g. yang best nyer nurse tu tanya hubby, "encik dah ada 3000 belum?" pergh pergh perghh... masa tu dah dekat pukul 12 pagi, kredit kad nyer line dah offline, terpaksa la hubby gi atm sana sini nak withdraw sebab kitrg set withdrawal limit (takut terbelanja lebih).

sementara tunggu hubby setelkan payment, ada 2-3 kapel kena transfer ke hospital kajang or hkl sebab wad bersalin penuh. siap ada sorang mamat ni cakap, bini dah nak bersalin sangat dah ni, hospital kajang pun penuh, suruh datang putrajaya. diorang masuk check2, kne balik gak sebab bukaan belum cukup. hubby cakap lenkali kalo nak bersalin situ, duduk la dalam kete tunggu sampai bukak 10cm baru gi kaunter. sebab kalo dah emergency sangat diorg tak tolak dah kot.

tu first time ever aku kena admit hospital. yayan pun masa tu tengah kne admit gak kat wad kanak2, tapi aku tak gi tengok sebab tak larat nak jalan. yayan demam panas dah dekat seminggu, then ada satu hari kitorang bawak gi midvalley, balik malam tu tetiba suhu dia naik giler, muka & satu badan biru. bibir jadik kelabu. kelam kabut bawak gi hospital, rupanya suhu dah dekat 41 degree and hampir kena sawan. masa aku kena admit tu, yayan dah 3 hari admitted.

esok paginya sakit dah kurang, dr hamidah check, dia cakap maybe bukan appendix sebab aku sakit kat satu spot tu je kat bahagian bawah, tapi appendix tertolak ke atas masa pregnant. basically kat tempat aku sakit tu, xde ape-ape. petang tu dr hazim pulak datang, dia tanya dah oke ke tak untuk discharge? cepat2 aku cakap dah baik. dia bgtau maybe muscle strain kat situ, or anything else yang kita tak tau, they can happen during pregnancy. dia suh aku rehat kat umah sebab dok hospital pun bukannya buat ape pun (hoyeah). kalau sakit sangat lagi, datang hospital balik. yang besnyer dia suh tampal koyok or tuam ngan air panas kalo sakit sikit2 tu. doktor hazim ni drpd awal2 aku check up ngan dia, memang sempoi je. aku dok risau hb low, dia gelak, suh makan vitamin banyak2. aku dok risau lambat amik suntikan untuk tetanus, dia gelak lagi, cakap tayah amik pun takpe. cett

***

hari ni dah 35 weeks, tak sabar nak tunggu full-term. sekarang pinggang bahagian belakang pulak sakit, angkat beg laptop pun terkial2. bila sampai umah mesti flat. kol 10 dah landing. illustration yg org tempah bertimbun2 pending (kat freelancer, elance, pph, fiverr. kalo banyak masa pegi la join, macam2 freelance ade. dulu aku rajin gak buat CAD, tapi skang fokus on illustration je sebab nak improve portfolio). just that kalau hubby ade kat umah memang aku malas nak buat apepe. masa hubby takde arituh bole je aku duduk kat meja tu buat doorgift ke melukis ke ape ke.

akak aku ngan yayan ade kat umah skang, sebab nak deliver third baby. masa akak aku admit wad, yayan kne tinggal kat umah. masa tu la baru nak mengada2 manja berkepit je ngan aku sbb mak bapak kat hospital. kalo tak, harapan. then akak aku deliver semalam, baby girl, qaireen nurjannah. yayan tengok adik dia, senyum, pastu buat muka reject dia sambil cakap "hummpph!" gile akak aku every year pegnen. aku lom tgk lagi, tunggu balik umah petang ni baru dapat jumpa. kalau dulu aku dah berkampung dah kat annur sampai dinihari nak main bby. sekang dah tak larat dah, huhu. tunggu lah after pantang nanti maybe keletihan ngan sakit2 badan ni hilang. kesian husband aku, hari2 ade je aku mengadu sakit sana sini. mengada2 je lebih padahal.

berat dah 63kg! kat adeled dulu paling berat aku penah jadik pun 55kg sebab hari2 makan eskrem ngan cream and cokolat ngan buah2 masa winter, sedap siot. before pregnant dalam 48kg je. mula2 orag dok tanya asal perut kecik? skang sume dah diam, wakaka. after 7 months aritu memang bby membesar ngan rapid. lepas pantang nanti kena gi gym. nak jogging tengok la kalo jerebu da hilang or kalo hubby nak teman >:'( aim after bersalin ialah jadik kurus balik!

dalam 3-4 minggu lagi boleh start amik cuti, hoyeayy~ 

march 2014.


4 comments:

  1. hime-chan... cuak aku baca huhuu... waaa it's almost time for the big day (delivery), i wish you n baby all the best!!! ( *>w<* )~

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit apesal cuak. mekaseh beb! skang tgh nak setelkan keje kat opis so bole cuti dengan gumbira~~

      Delete
    2. huhuu gomen2, aku mmg cuak dan penakut dgn bnde2 cmneh... imaginasi aku membuatkan aku rasa seriau dan cuak, muri da... gomenkudasai! X3

      Delete
  2. pergghh sy mcm ada harapan nk ke 60kg je..moga di permudahkan ya dear

    ReplyDelete