Thursday, July 17, 2014

hapdet!! hapdet!!!

ainur tengah demam, batuk & selesema. bila lunchtime je aku naik cab balik umah nak peluk dia (sementara duit ade lagi nak bayar cab). aku dah ade kete! aku amik viva basic, alhamdulillah murah bayar bulan2 pasal perodua ada promo nak clearkan viva arituh.

tapi, jeng jeng jeng ~~~ lesen lom ade. in progress.

time ainur sakit camni mula la aku stress and sedih sbb tak dapat fully breastfeed dia. kalo tak ok sikit immune system dia. low milk supply. dan disebabkan aku senang sangat stress ngan low self esteem, makan supplement kejadah ape pun tak membantu sangat la. sedih okeh, bila ko pump beramai2 kat nursing room, orang lain rilek je letak pump kat breast pastu main tab, lepas 10 minit dah full dah bottle diorang. ko pulak siap urut2 masa pumping, lepas setengah jam baru 1 oz.

ainur sangat comel. dan sangat baik. tak susah jaga dia. so masa dia sakit ni bila dia menangis merah2 mata ngan hidung, sedih gile aku.

manja ngan papa dia. nampak je hubby terus senyum gelak2. nampak je aku terus aim kat boobs bergerak.

sekarang baru nak start balik melukis ngan buat craft setelah lama giler tinggal. banyak projek tertangguh ni, harap2 dapat gak settlekan pada masanya.

thanx to hubby for everything. since kapel tunang kawen sampai beranak ni sume aku nak aku dapat. time aku sakit tak penah kne tinggal. time aku ngantuk hubby suh tido dulu, dia jaga anak. time aku stress hubby pujuk2 ecehhh. aku tak masak, tak basuh baju, hidup bersepah, tak penah kena komplen. henpon aku abes bateri hubby cajkan, masukkan dalam henbeg pagi2. aku gemuk pun hubby cakap lawa. walaupun pastu dia cakap lawa cam dugong atau ikan paus, tapi tetap ada la perkataan "cantik" tu. time aku emo hubby tak marah pun; just tak layankan je. pegi keje balik keje berhantar. every week kne balik muo sebab aku nk abeskan kelas lesen, tak penah husband aku komplen.

tenx cayang! walaupun i dah jatuh no. 2 di hati u, u ngan ainur tetap no 1 di hati i. muahh!



july 2014.


2 comments:

  1. sabar ya syg..tgok makanan mana yang byk kan susu..jgn sama kan awak dgn diorg..memang stress bila tgok sy phm..tp awak tgok tab..tgok pemandangan hijau..air mengalir,,insyaALLAH membantu

    ReplyDelete
  2. Woot woooot congrats dah ada kereta sendiri, pewwittt~ *thumbs up* ;3
    All the best in your driving exam later hime-chan~ XD

    *boobs bergerak*... kekeke, tukar kasi sopan sikit, *food-supply bergerak* ;p

    ReplyDelete