Sunday, October 26, 2014

october 2014


dah sebulan lebih kembali bekerja kilang. rutin hidup yang aku angan2kan pegi kije pukul 7 balik kije pukul 4 belum tercapai. masuk kije pukul 930 balik kije pukul 630 ader la.

ainur da start makan!!! pagi2 aku masak bubur anta kat nanny dia. dia lahap je ape kitorang sumbat. dan aku sebagai excited mother bila pegi shopping tu terase nak beli sumer buah ngan sayur buatkan dia bubur ngan puree. tapi husband aku cadangkan bagi makan ayam kepsi je kan senang.

hubby aku memang banyak cita2 dia ngan ainur. dia nak tunggu ainur bam-bam supaya dia boleh roll ainur pastu gelak tengok ainur bergolek golek golek golek. ataupun bagi ainur minum jus lemon sebab nak tengok muka ainur berkerut tahan masam. ataupun bagi ainur main evangelion aku walaupun ainur lagi excited tengok transformers dia. seyes. kitorang bagi ainur soft toys, ainur x tertarik pun. aku hulur robot, menggapai2 tangan dia.

haritu masa baru start makan ainur buat balik perangai takmo susu botol. aku x dapat fully breastfeed ainur. dan despite membe2 dok cadangkan milk booster whatsoever sambil berceramah akan kepentingan breastfeeding, aku dah sampai satu tahap yang let it go~let it go~ i dont give a damn anymore~~ daripada aku stress hari2 mengadu kat hubby sambil mata sayu tengok ibu2 pos gamba expressed milk penuh satu fridge kat breastfeeding group, dok beli pump ni pump tu, baik aku bagi anak aku kenyang minum susu botol dan spend quality time with non-stressed heart and head ngan anak aku.

ohye. ainur rijek botol. nak breastfeed je tapi aku sangat kompem dia tak kenyang sbb susu aku tak banyak. being a psycho mother, aku asek beg beg beg hubby mintak botol susu baru lah, tuka susu baru lah. bila nk bagi ainur minum, hubby kena dok depan muka dia baca buku, main botol air mineral, apepe la yang tarik perhatian dia sepanjang minum susu. seminggu lebih gak la camtu. tapi alhamdulillah skang da ok sikit.

kesian hubby. bila ade hal melibatkan ainur- ainur demam - ainur minum sikit - ainur ade kesan merah2 kat belakang badan - katil ade semut - ainur ade ruam- masa aku bukak baju ainur, tersangkut kat leher sampai ade kesan merah - and whatsoever mende2 kecik pun hubby kne bersabar dengar aku mengomel membebel menanges marah2 dan sebagainya.

aku da gemuk. hari2 tanya hubby. da gemok ke? da gemok ke? ditambah lagi ade sorang membe opis aku yang bodoh; hari2 dia bagitau aku, "ko dah gemok." sebab tu aku menyampah kawan ngan laki. mulut tak reti tapis. membe2 popuan aku pulak cakap: "fuiyoo... dah mantap!" hokeyh?!

tapi hubby cakap aku lawa. bila suh compare dengan yang dulu, ayat selamat hubby aku ialah, "suka ayang yang sekarang." atau ayat yang tak selamat sangat:--  "abang tak penah pandang paras rupa ayang. abang pandang personaliti ayang. lepas part personaliti tu dah teruk tu baru abang terpaksa pandang paras rupa pulak."

:-|

hubby punya sarcasm aku memang tak boleh nak tandingi. pernah sekali aku dok citer pasal kazen aku (lelaki) putus tunang sebab dia tak suka pun tunang dia tu. aku pun bagitau hubby, "dia macam abang la, ade popuan suka, ade popuan ngorat, dia dah malas carik len, hmm oke lah, terima je lah minah ni." hubby mengangguk setuju. aku bengang, cakap, "kenapa tak nafikan? kenapa tak cakap, 'eh abang bukan macam tu. abang sukaaa ayang.'"

jawapan husband aku:- "wife are always right. mana boleh betulkan."




keje skang bes. masuk awal chow awal. masuk lambat chow lambat. kerja daily basis. kalau ade request from us ade la kije. kalo takde melanguk atau mintak kije kat org lain. atau main dart atau carom atau minum kopi sambil makan kek. jalan pegi balik keje tak jem, kalo bukan sebab tak berani nk pecut (naik viva je bai), 15 minit da sampai opis da.

sabtu ni ade exam ptd online. dulu dalam 4-5 tahun lepas ade panggilan tapi aku bantai tido x pegi exam. mak aku tanya nak buat ape susah2 nak amik exam kalo taknak kije gomen? aku bukan tanak. just aku malas nak iron baju kurung ngan tudung pagi2. skang capai jeans ngan tshirt, sarung kasut seploh hengget beli kat aeon, selempang tudung yg pakai semalam, hangkut beg laptop, drive gi keje. oh aku sangat suke keje kilang. masa kije kat main opis kat midvalley dulu takleh gak nak selekeh sangat macam skang.



dulu aku penah kije gomen kat kbs after grad. kontrak je. nasib baik dapat bos best kalo tak jadik pokok bunga je la kat opis tu. aku kije kat tingkat 6. akak aku kije kat tingkat 4. oleh sebab aku xde baju kurung, aku recycle baju kurung akak aku. pada satu hari membe2 akak aku terserempak ngan aku lalu berkata, "suraya, ni bukan baju yang suriya pakai last week?"

wadehel korang ingat baju ape akak aku pakai minggu lepas???

kawan2 aku pulak masa tu sorang da kawen, sorang lagi nak kawen. aku  yang single dan available dok dengar je la diorg citer pasal husband, pakwe, novel alaf 21, drama melayu malam tadi, dan lain2. nasib baik bos aku layan dan brown so ade membe nak borak mende yang aku tau. membe2 uni aku yang sehati sejiwa tgk bleach, naruto, law of ueki, ngan get backers pulak lepas balik melesia layan kpop. makanya aku gi comic convention sorang2 je la pastuh.

bila da ade anak skang baru perasan banyak mende berubah. aku da start baca novel alaf 21 sebab bila baca novel stephen king kepala aku pening nk berfikir. aku juga bukak drama melayu TV3 sebab HBO asek ulang2 citer sama.  nak baca shounen2 baru aku rasa macam baca the same things over and over again. macam kalau ko dah tepu baca shoujo, ko da bole predict mende ni akan camni dan mende tu akan camtu. dah outgrow phase tu la kot. aku rasa the best manga adalah masa zaman kita membesar. from doraemon, dragon ball, up to one piece dan yg seangkatan dengannya. manga sebelum2 tu bes gak & aku bercita2 bila ade duit banyak banyak banyak nati aku nk collect balik classic manga. nk kumpul everything from osamu tezuka walaupun citer2 dia simple2 je sumenya even though theme dia berat.

skang aku banyak aim graphic novels yg lukisan cam s%&* mantap. banyak projek aku berazam nak buat tapi serius keazaman aku tinggal azam sebab bila ainur tak tido aku dok mengadap babyku dan bila ainur tido aku terpaksa peluk anak aku sambil berdengkur sekali. malam2 bila husband ajak tgk 70's show, aku dah blackout. husband ajak tgk shingeki no kyojin aku layan sampai husband aku yang berdengkur. hubby cakap aku memang lagi minat anime. tapi dalam keadaan skang malam aku prefer tido drpd berjaga macam dulu2. dah tua.


abang aku balik bercuti sebulan. so dapat la berkumpul adik beradik, last berkumpul masa aku kawen tahun lepas. siap ade sorang macik aku komen kat fesbuk: 'cantik,,tapi kalau ade lagi sorang, lagi cantik." tergelak aku. ye la nex yer abang aku balik for good, boleh la amik gamba satu femili ngan ayah aku pulak. tahun ni dah x sempat.





bulan 12 ni aku rasa rambut ainur takat camni gak lagi. nak beli costume totoro pun dah x sempat nk ship dr us. so kat comic fiesta nanti kitrg cosplaykan dia jadik shin chan ok!

oct 2014.



2 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Hijrah 1436H Hime-chan~ X3

    Ainur@Himawari-chan ada iras macam japanese baby la... teach her some nihongo, she'll fool everyone into thinking that she's a nihon-jin no kodomo! hehe~ X3

    Ko tak gemuk la, ko nampak lebih normal berbanding dulu... heheh ;3

    ReplyDelete
  2. lama juga tak lepak sini. besar dah baby comey.. pic latest tak de ke?

    ReplyDelete