Thursday, November 13, 2014

budak kecik baca buku sampai tertido

2 minggu yang busy. kne siapkan 200++ engineering drawings revision within 5 days, menyebabkan aku online kat umah malam2 tunggu client kat us masuk opis, dan jugak kensel plan balik muo untuk kali ketiga sebab keje wiken, sampai last2 ayah aku datang KL nak tengok ainur (di samping anta abang aku yg nak balik doha). okeh esok balik kampong!!

tgh plan nak pindah. nex month carik umah (carik awal2 kang tuan umah suh masuk awal). aku pun start bukak design sponge tgk org hias umah diy ngan scroll2 etsy carik barang lawa2. bila dah tak bizi sangat nanti nak start commission balik untuk mengisik akaun paypal dan membelanjakannya di etsy.

ainur da 6 bulan 3 minggu! dia da terer bergolek sana sini, and this week dia tgh mood tak tido malam. kol 5 pagi baru tido. kengkadang aku ngan hubby dah tak tahan ngantuk tu kitorang tertido gak time ainur belum tido. bila aku terjaga tetengah malam, kengkadang dia ada kat kepala aku, kengkadang kat tangan aku. bila dia nampak aku bukak mata, ketawa suka. comel giler. tak sampai hati aku nak tido balik tapi terlelap gak.

selasa haritu aku anta ainur gi nanny. ade keje due aritu so bersemangat la nak pegi opis abeskan pastu melepak seminggu buat keje rilek2. tapi by the time aku sampai umah nanny, umah kosong. pintu terbukak. dekat 10 minit aku bagi salam, last2 husband nanny ainur keluar amik ainur. nanny ainur kuar gi kedai ke jogging. biasa kalau tinggalkan ainur kat nanny dia, aku x kesah sangat. tapi ni masa aku nak blah, muka ainur terkebil2. aku blah jugak. tapi pastuh aku patah balik. nak amik cuti la, siapkan keje kat umah je. lagipun esoknya abang aku nak balik doha dah, baik lepak ngan diorg kat umah. parking2 je kete aku dengar ainur melalak. ape lagi terus amik anak aku bawak balik. huhu.. aku suka nanny aku ni tapi bila tinggal2 camni aku tak secured la. salah kitorang la selalu anta lambat amik lambat. diorg pun ade gak mende lain diorg nak buat.

so tiga hari melepak ngan ainur kat umah. 2 hari lagi tu aku mc sebab bronchitis. bila demam aku tak makan ubat sebab alergi. biasa seminggu baik la. tapi ni batuk da masuk 2 minggu tak reda2. satu malam ni pegi kpj sebab kaki ainur kne gigit sampai bengkak biru2. aku check sekali batuk aku yang tak baik2 tu. dengan check darah + x ray, amik kau rm600 kena. nak abes kuota hubby tahun ni (sebab aritu aku sakit belakang bodo2 pun gi kpj kena rm400 kau). padahal panel hubby actually kitorang nk spare untuk ainur punya suntik etc etc :'(  menyesal aku malas makan ubat.

melepak ngan ainur kat umah sangat bes. ainur bergolek2 main je ngan aku sepanjang hari selain tido. membuatkan aku terpikir ape la anak aku buat hari2 kat umah nanny dia. rindu tak dia kat aku ngan hubby. dah la aku selalu amik lambat sebab pegi keje lambat. malam baru bole spend masa ngan mak ayah. aku nak je text nanny ainur every hour, tapi tak baik la buat camtu. akak opis aku suh anta anak aku kat umah pengasuh depan opis aku, senang nak tengok tengahari. tapi aku x berani nak bawak ainur travel dari putrajaya pegi puchong ulang alik. lainlah kalau kitrg pindah puchong nanti. just hubby la kesian nak travel gi jalan duta pulak dengan trafik lagi teruk.

skang tak decide lagi nak dok mana. kalau stay putrajaya stay ngan nanny ainur. kalau pindah puchong, anta ainur kat pengasuh area opis. bila da ada baby baru aku perasan, nak pindah umah pun semua utamakan nak hantar baby kat mana, nak carik pengasuh yang ok kat mana. keje dah tak kisah dah. keje apepe pun takpe. bila macam ni aku selalu terfikir, besnyer jadik housewife. ko bole jaga anak ko sendiri. tapi akak aku tak keje jaga anak, susah jugak bila diorg sesak. and kesian ngan husband dia (lagi2 lak akak aku tu demand, wakaka). ngan akak ipar aku yg tak keje jugak, tade la sesak aku rasa sebab gaji abang aku cukup la kot nak cover diorg kat doha, tapi akak ipar aku lak yang bosan dok umah. aku yang keje ni rase nak berenti jaga ainur tapi aku nak tolong parents and husband. sedey weih tengok umah ayah ko kat kampung dah senget or macik ko nak pasang siling baru sebab nak pasang ekon kat umah. atau mak ko nk beli umah kat kampung lepas pencen tapi nanti duit pencen kena tolak banyak. tu dia orang2 yang berkorban seumur hidup diorg besarkan ko jadik engineer pastu ko nk berkorban untuk diorg tak boleh? mak aku single parent bole besarkan anak 5 orang semua berjaya dan in the same time boleh senangkan hidup nenek aku + tolong adik2 dia yang susah SAMPAI SEKARANG. mak aku nak pencen pun x boleh sebab hutang banyak lagi nk setelkan dan anak2 sama ada dah de komitmen masing2 or ade yg baru nk start life, takleh nk tolong sangat. no such thing as perempuan yang mengejar kerjaya tu selfish. kalau kau nak salahkan mak bapak sibuk atau bercerai menyebabkan anak2 tunggang langgang, maybe it's true, and maybe it's time untuk budak2 tu bangun sendiri sebab at the end ko nak sibuk menyalahkan orang, masa depan ko jugak ko tgh pertaruhkan. yang aku cakap ni budak2 remaja lah yer. budak kecik aku pun kesian.

bila aku baca orang tulis, isteri jagalah anak sendiri, suami tanggunglah femili, takpe, berkorban la, korang jimat2 la, tayah la hari2 nak tapau kepsi. masak je la kat umah. ni tak, ibu bapa lepaskan tanggungjawab didik anak dekat pengasuh/chekgu sebab bini sibuk nak kejar kareer. amboih bini jugak kena. ko ingat setiap hari ko lepaskan anak ko kat orang, hati ko senang? ko ingat setiap jam mak bapak ni tak pikir pasal anak diorg? setiap orang ada hidup masing2 dan takde benda yang boleh distereotypekan, kita semua tak layak nak judge sesiapa punya kehidupan, kalau ko mampu salah sorang je keje, alhamdulillah, itu impian setiap perempuan. belajar tinggi2 last2 masuk dapur jugak? takpe. itu impian setiap perempuan.

memang tanggungjawab kat parents jatuh kat anak lelaki. tanggungjawab anak perempuan atas husband and anak2 dia macam yang akak aku selalu tekankan. tapi kita hidup dalam masyarakat yang tahu sunnah nabi, lelaki boleh kawen empat. tu je yang dia tau. sunnah lelain dia tatau. satu hari nanti, yes, kita semua akan lebih baik dan institusi tanggungjawab ni dapat disempurnakan lebih baik.



and untuk budak kecik ni? aku akan pertaruhkan semuanya untuk dia. takkan bagi dia rasa apa aku pernah rasa masa membesar. insyaAllah.

nov 2014.



No comments:

Post a Comment