Sunday, December 29, 2013

ang ang ang, tot-temo dai-suki, dorae~mon....


bear & kak lyla's annual visit to malaysia. sessions of yumchars, jalan2, muvi, dan shopping2. yang suami mencari tf so boleh ditinggalkan bersama encik hubby, yang isteri mencari tudung,baju,beg etc etc yang aku sangat sedia membantu.

lukisan badak yang x siap2

bbdk transmy

melawat ahsoon




pegi doraemon 100 gadgets exhibition kat viva home shopping mall. boleh berhenti kat rapidkl lrt miharja pastu jalan kaki dan naik tangga berbatu2. kalau malas drive je la. entry rm25, kids rm15. kalau tinggi ko kurang drpd 90cm, free :)





part ni agak boring, unless ko dapat teka semua gadget yang ada kat dalam pameran tu.









some diorama & wall paintings, bole amik2 gamba. for some reason ade sikit rasa sedih kat dalam tempat nih. memori dowh.




bole gak amik gamba dalam bilik nobita (keluar drpd laci meja dia) ngan ada lagi satu scene ngan nenek nobita. tapi kne bayar untuk print gamba. sekeping rm25.


part aku paling suka. some artworks, tak banyak. aku rasa original sketch atau original printed kot, sebab ada dialog yg ditulis ngan pensel.




tak sure watercolor atau digital tapi lineart memang sangat kemas!



printed dialogues tu ditampal.

*UPDATE* aku tunjuk gamba ni kat seki-san, dia cakap original sketches. mahal dia cakap, aku rasa dia pun nak beli kalo ade depan mata. dia suka kumpul original anime celluloid ngan original comic pages.

last sekali main game ngan merchandise. sekeping token rm2. hadiah dia ade soft toys ngan bantal dalam rm20+++. so kalo ko  dah main dekat sepuluh game x menang2 gak, beli je la.

ada kuih dorayaki kat cafe, sekeping rm5. cokelat sedap, peanut x try. red bean ok tapi muak sikit sbb roti dia memang dah manis. banyak lagi merchandise tapi aku x usha sbb overpriced.

basically kalau datang setakat amik gamba atau bawak anak jalan2 ok la untuk rm25. tapi kalau nak main atau beli mende2 lain, sila bawak duit extra banyak2 :p

dec 2013.


Thursday, December 26, 2013

sketches

spent the night trying to sketch something. haven't really sketched much since pregnancy, yet when i started again, then i realized how much i've forgotten :(





it was supposed to be a rhino, not a babi hutan :'(

dec 2013.


Tuesday, December 17, 2013

wishlist - puzzle


haritu membe aku balik dr australia, dia nak belikan aku hadiah sebab tak datang masa wedding aku. sebab kitorang lepak kat midvalley dan sebab elaun phd minah tu banyak so aku pun boleh pow mende mahal;- dalam otak aku nak mintak samada graphic novels kat borders, atau copic pen set kat artfren, atau figure evangelion kat xl shop, tapi end-up kitorang gi masuk kedai puzzle.

so dia belikan aku yg ni sbb aku sangat suka watercolor paintings ghibli :D.


bila husband aku tengok apa dia belikan aku, dia cakap kat membe aku:- "ko tunggu la dalam setahun dua lagi siap la menda ni."

 tapi aku berjaya siapkan puzzle ni hokeh! di mana 75% husband aku yang buat.

then, transmy ade event ngan hong leong bank kat one utama dalam 2 minggu lepas, so ada satu hari tu aku gi lepak ou sebab husband aku jaga booth display kat sana. kat 2nd ke 3rd floor ade satu kedai puzzle. aku jumpa puzzle yang aku dah lama nak, totoro ngan mei & satsuki atas pokok.


dan jugak van gogh's starry night. seyes yang ni bila dah frame lawa giler.

PICT0018

tapi... bila husband aku suruh pilih salah satu.. aku mula compare, macam, baik aku pow husband aku set supplement shaklee yg dah nak abes kat umah, atau set proactiv aku yg da nak abes, atau satu lagi set bronze saint seiya kat famitoy, tinggal satu tu je lagi nak complete satu line. famitoy tgh sale nih. 

so aku mula sedar bahawasanya pertimbangan aku dalam membuat sesuatu keputusan yang wajar telah improved dengan jayanya :)


balik tu aku pow husband aku popcorn garrets 2 paket besar. kalau pasal makan, kewajaran itu tidak diperlukan.

dec 2013.


Sunday, December 15, 2013

sebelum dan selepas

sebelum kawen.

me: i wonder if i'll make a good mother.
him: don't worry dear, you'll be a great, wonderful mother. i have faith in you.

lepas kawen.

aku: takut la nak jadik mak.
husband aku: jangan risau sayang, ada banyak lagi kat luar sana popuan yg lagi lousy daripada ayang, survive je diorang jaga anak diorang.


FINE!!!

*husband tgh jawab exam. all the best luv!


dec 2013.


Friday, December 13, 2013

week 22.

alhamdulillah, dah masuk week 22. baby makin suka bergerak2 dan menendang2. bila lapar je tendang. ada sekali tu aku amik cuti. after husband aku gi keje, aku sarapan cereal pastu lepak jap, pastu tido. bangun2 je dah tengahari, baby tgh galak menendang2. lapo la tuh :p

everytime check up, kne sound ngan doktor. "awak patutnya naik 0.5 kg je setiap bulan, ni dah 1 kg, terlebih ni." dan yang paling teruk, hari tu timbang, 53.5 kg:- "awak patut naik 0.5 kg je sebulan masa kandungan bawah 20 minggu. ni awak naik 3.5 kg nih!"

sepanjang perjalanan balik aku tanya husband aku, "ayang gemok ke? ayang gemok ke? sob2."

pastu husband aku jawab, "tak lah. cute..."

pastu husband aku sambung, "ikan paus pun cute jugak.."

*****

bila doktor cakap baby punyer berat dah 217 gram, husband aku tanya, "hah! mana pegi lagi 3283 gram??"

husband aku punyer matematik sangat pantas sebab dah biasa kira2 dalam kepala, gaji tolak ni tolak tu, berapa tinggal untuk beli tf.

tapi serius weh, sejak masuk 4 bulan, aku memang selalu lapar. kalau dulu prosperity bege tu terkial2 aku nak habiskan, sekarang aku boleh makan 2.

*****

dah book fpp kat hospital putrajaya, hujung bulan jan ni first check-up. setakat aku gi intai blog2 orang bersalin yg lain, kalau normal, tak pakai epidural etc etc, harga still below or around RM 2000 (cukup2 untuk budget yang kampeni bagi). kalau caesar akan up ke RM 3500, but still cheaper than hospital swasta yang lain2 la insyaAllah. masa nak admit nanti bayar deposit 3k kat kaunter, after keluar bil boleh mintak refund kalo ade refund.

untuk sesapa yang nak usha-usha, bole check kat blog2 ni:-

http://untuqsemua.blogspot.com/2013/02/tips-bersalin-di-hospital-putrajaya.html

http://ainshazreen.blogspot.com/2013/03/hospital-pilihan-fpp-hospital-putrajaya.html

edd aku 20 april 2014. ada la berharap gak dapat tarikh tu sebab sama ngan besdey mak aku & akak aku.

*****

mak aku gi doha, lepak umah abang aku seminggu, main2 ngan mikael, pastu gi umrah. haritu mak aku bgtau mikael telefon, cakap "atuk!! auntie anne mana? a'a keje ke?" rindu giler. (auntie anne tu aku, a'a tu abang aku nombor dua).

sekali rupenya memang mikael dail sendiri telefon tu. pandai, bagus. lepas ni buat selalu, padan muka bapak ko kne bayar bil, kakaka..

tadi baru balik dr klia hantar mak aku. so sebulan la tak makan mak masak :'(

sejak enfon aku pecah tak berganti aritu, da jarang amik gamba (enfon cikai ku kamera x lawa. aku pakai phone tu untuk install myteksi je supaya senang aku nak panggil teksi dr opis). dah lama x melukis jugak, so xde mende pun nak updet instagram. tapi ada membe mintak letak gamba preggy. meh sini aku letak gamba ikan paus, hahaha.

 yayan balik dr kt, nasib la banjir otw nak balik tu dah surut. oh ye, yayan dah nak masuk setahun nex week. sekejap je masa berlalu. rasa baru je aritu aku pos gamba yayan masa baru lahir.




 ngan mak aku.


 akak aku around 26 minggu, awal sebulan dr aku.


 abang ipar aku jenis suka menyanyi. suara dia seyes sedap, tapi bila dia kantoi tgh menyanyi sorang2 dalam bilik, terasa kuat hati aku nak mengutuk. ni husband aku la ni yg ajar.

dia nak fly jugak...


ok nak gi dating. bye.

dec 2013.


Monday, December 9, 2013

Bridal Hand Bouquet


just to share with you girls the hand bouquet i had for my wedding last june. aku beli dr Cartie Art & Craft. mula2 sbb aku jenis asal boleh je, takde pun nak tempah2 hand bouquet ni (ade pelamin pun dah kira nasib baik. tapi punyelah malas nak plan itu ini, aku siap boleh lupa pasal tepung tawar etc etc.. so kitorang dok atas pelamin tunggu orang datang amik gamba je la :p). 

then bila puan Cartie bgtau dia nak sponsor hand bouquet, aku pun on (org nk bagi free mah), and bgtau dia aku pakai dress. so dia buat style camni:-




and even masa pakai songket pun sebelah pengantin lelaki, warna and design dia still sesuai lagi.

  


ada beberapa design baru lagi Cartie Art & Craft buat. harga boleh tahan, tapi serius lawa & puas hati giler. boleh gak pastu nak bg pinjam kat membe2 lain (tapi aku nyer da masuk detolf sebab takut berhabuk). untuk design yg dia ada buat untuk customer2 lain, boleh tengok kat sini :)


dec 2013.