Showing posts with label RamBlingS. Show all posts
Showing posts with label RamBlingS. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

some hobbies


end of this week hubby naik genting untuk set up transformers exhibition, aku tak follow sebab kompem aku penat nanti. nak makan ni nak makan tu lagi, takmo nyusahkan husband aku (padahal nak melanguk kat umah sepanjang hari). and the following 3 weekends pun hubby akan stay kat sana for the expo, aku join masa mbr je kot (malaysian books of records for largest quantity of transformers toys exhibited; kalau tak silap aku). so malam tadi tolong hubby packing ngan tagging all the items yang nak dibawak.

since umah sewa lama husband aku dah dikosongkan, barang2 yang boleh angkut, pindah ke umah sekarang. mostly toys la. sume masuk stor, tapi banyak lagi yg tak muat. figures aku semua da masuk almari sob2. bila nak beli umah nanti, kriteria utama ialah at least 4 bilik, satu bilik tido, satu bilik baby, satu bilik tetamu, and satu lagi nak buat bilik figure + workshop. gambaree~



last time husband aku suka amik gambar figures & post kat forum transmy, so aku suggest ape kata bukak je blog satu untuk buat review. bila aku tengok balik gambar daripada awal2 sampai sekarang, seronok pulak tengok improvement in terms of photo shooting. since hubby tak suka edit gambar, dia pun try setup by setup sampai photos tu nampak ok without the need of editing. paling2 pun increase contrast sikit.


setup awal2 masa baru kawen arituh.


hasilnya camni. background yellowish, nampak kedut2 kertas. bila tengok gamba lama2, rasa macam nak amik balik katanya.


set up sekarang.

and some shots that i really like.



 



my favorite. thinking of drawing this one later.


sekarang ada certain figures husband aku pinjam membe2 dia untuk buat review sebab budget kne cut untuk simpan duit for our baby. thanx love! (tapi every month ade jugak la barang baru kat longgokan2 tepi dinding tu).

 haritu aku beli some illustration, turned them into magnets lagi :)




  

and playing around with some templates.


disebabkan aku xde background design / grafik, dan x reti pakai photoshop, struggle la nak buat mende ni. pemilihan warna aku memang failed, bak kata farah, ex rummet masa kat adeled dulu. bila tengok baju aku nak pegi kelas atau pegi keje, dia akan cakap, "N, harini ko nampak macam pokok krismas."

syukurlah aku bertemu jodoh ngan husband aku yang pakai baju hitam hari2. pegi keje baju hitam, baju batik kaler hitam, tshirt sume pun kaler hitam. so dr segi pemilihan pakaian aku yang serabut, husband aku takde komplen atau komen pun :p

this time, untuk buat doorgift aku prefer amik patterns atau illustration, sebab lukis sendiri amik masa and bukan lawa mana pun. beli vector lagi cantik. tapi untuk personalized coaster, aku lukis la. nak buat magnet pun amik saiz yang kecik, sebab saiz besar mahal. haritu aku pegi multifilla, glass beads yang 19 mm tu pun RM1 sebijik. menangis aku T_T

tak sabar nak cuti panjang nex week, nak siapkan semua commissions selagi boleh!

jan 2014.


Tuesday, December 17, 2013

wishlist - puzzle


haritu membe aku balik dr australia, dia nak belikan aku hadiah sebab tak datang masa wedding aku. sebab kitorang lepak kat midvalley dan sebab elaun phd minah tu banyak so aku pun boleh pow mende mahal;- dalam otak aku nak mintak samada graphic novels kat borders, atau copic pen set kat artfren, atau figure evangelion kat xl shop, tapi end-up kitorang gi masuk kedai puzzle.

so dia belikan aku yg ni sbb aku sangat suka watercolor paintings ghibli :D.


bila husband aku tengok apa dia belikan aku, dia cakap kat membe aku:- "ko tunggu la dalam setahun dua lagi siap la menda ni."

 tapi aku berjaya siapkan puzzle ni hokeh! di mana 75% husband aku yang buat.

then, transmy ade event ngan hong leong bank kat one utama dalam 2 minggu lepas, so ada satu hari tu aku gi lepak ou sebab husband aku jaga booth display kat sana. kat 2nd ke 3rd floor ade satu kedai puzzle. aku jumpa puzzle yang aku dah lama nak, totoro ngan mei & satsuki atas pokok.


dan jugak van gogh's starry night. seyes yang ni bila dah frame lawa giler.

PICT0018

tapi... bila husband aku suruh pilih salah satu.. aku mula compare, macam, baik aku pow husband aku set supplement shaklee yg dah nak abes kat umah, atau set proactiv aku yg da nak abes, atau satu lagi set bronze saint seiya kat famitoy, tinggal satu tu je lagi nak complete satu line. famitoy tgh sale nih. 

so aku mula sedar bahawasanya pertimbangan aku dalam membuat sesuatu keputusan yang wajar telah improved dengan jayanya :)


balik tu aku pow husband aku popcorn garrets 2 paket besar. kalau pasal makan, kewajaran itu tidak diperlukan.

dec 2013.


Friday, December 13, 2013

week 22.

alhamdulillah, dah masuk week 22. baby makin suka bergerak2 dan menendang2. bila lapar je tendang. ada sekali tu aku amik cuti. after husband aku gi keje, aku sarapan cereal pastu lepak jap, pastu tido. bangun2 je dah tengahari, baby tgh galak menendang2. lapo la tuh :p

everytime check up, kne sound ngan doktor. "awak patutnya naik 0.5 kg je setiap bulan, ni dah 1 kg, terlebih ni." dan yang paling teruk, hari tu timbang, 53.5 kg:- "awak patut naik 0.5 kg je sebulan masa kandungan bawah 20 minggu. ni awak naik 3.5 kg nih!"

sepanjang perjalanan balik aku tanya husband aku, "ayang gemok ke? ayang gemok ke? sob2."

pastu husband aku jawab, "tak lah. cute..."

pastu husband aku sambung, "ikan paus pun cute jugak.."

*****

bila doktor cakap baby punyer berat dah 217 gram, husband aku tanya, "hah! mana pegi lagi 3283 gram??"

husband aku punyer matematik sangat pantas sebab dah biasa kira2 dalam kepala, gaji tolak ni tolak tu, berapa tinggal untuk beli tf.

tapi serius weh, sejak masuk 4 bulan, aku memang selalu lapar. kalau dulu prosperity bege tu terkial2 aku nak habiskan, sekarang aku boleh makan 2.

*****

dah book fpp kat hospital putrajaya, hujung bulan jan ni first check-up. setakat aku gi intai blog2 orang bersalin yg lain, kalau normal, tak pakai epidural etc etc, harga still below or around RM 2000 (cukup2 untuk budget yang kampeni bagi). kalau caesar akan up ke RM 3500, but still cheaper than hospital swasta yang lain2 la insyaAllah. masa nak admit nanti bayar deposit 3k kat kaunter, after keluar bil boleh mintak refund kalo ade refund.

untuk sesapa yang nak usha-usha, bole check kat blog2 ni:-

http://untuqsemua.blogspot.com/2013/02/tips-bersalin-di-hospital-putrajaya.html

http://ainshazreen.blogspot.com/2013/03/hospital-pilihan-fpp-hospital-putrajaya.html

edd aku 20 april 2014. ada la berharap gak dapat tarikh tu sebab sama ngan besdey mak aku & akak aku.

*****

mak aku gi doha, lepak umah abang aku seminggu, main2 ngan mikael, pastu gi umrah. haritu mak aku bgtau mikael telefon, cakap "atuk!! auntie anne mana? a'a keje ke?" rindu giler. (auntie anne tu aku, a'a tu abang aku nombor dua).

sekali rupenya memang mikael dail sendiri telefon tu. pandai, bagus. lepas ni buat selalu, padan muka bapak ko kne bayar bil, kakaka..

tadi baru balik dr klia hantar mak aku. so sebulan la tak makan mak masak :'(

sejak enfon aku pecah tak berganti aritu, da jarang amik gamba (enfon cikai ku kamera x lawa. aku pakai phone tu untuk install myteksi je supaya senang aku nak panggil teksi dr opis). dah lama x melukis jugak, so xde mende pun nak updet instagram. tapi ada membe mintak letak gamba preggy. meh sini aku letak gamba ikan paus, hahaha.

 yayan balik dr kt, nasib la banjir otw nak balik tu dah surut. oh ye, yayan dah nak masuk setahun nex week. sekejap je masa berlalu. rasa baru je aritu aku pos gamba yayan masa baru lahir.




 ngan mak aku.


 akak aku around 26 minggu, awal sebulan dr aku.


 abang ipar aku jenis suka menyanyi. suara dia seyes sedap, tapi bila dia kantoi tgh menyanyi sorang2 dalam bilik, terasa kuat hati aku nak mengutuk. ni husband aku la ni yg ajar.

dia nak fly jugak...


ok nak gi dating. bye.

dec 2013.


Thursday, September 5, 2013

miyazaki-sensei to retire?



"Studio Ghibli president Koji Hoshino made the announcement at the Venice Film Festival, where Miyazaki, 72, was not in attendance. Hoshino gave no details except to say that a press conference will be held in Tokyo later this week where Miyazaki himself will speak about the decision."
source: google.

antara anime2 paling awal aku start tengok ialah anime2 ghibli studio (selain yg ditayangkan kat tv macam doraemon & dragon ball). first one was grave of fireflies by isao takahata, tangkap nangis. all-time-favourite aku ialah totoro.

despite banyak gruesome controversies yang diada-adakan untuk filem2 miyazaki, masyarakat jepun generasi kita & atas kita, rata-ratanya membesar dengan anime2 diorang. ghibli is japan's disney.

aku suka anime ghibli. diorang still pakai 2D (walaupun ada anime2 baru yang dah start pakai 3D sikit2 dalam certain elements macam Howl's Moving Castle). aku pernah baca katne ntah, ada orang tanya miyazaki-sensei, kenapa taknak buat anime 3D? dia gelak, sambil jawab, "i'm too old to learn that now."



kalau korang tengok most anime dia, kartun simple je. indeed, every movie pun muka watak2 lebih kurang sama. background dia warna pakai watercolor. takde enhanced sangat, takde warna2 terang gemilang terbilang beserta special effects yang merapu2. the only things yang bergerak ialah celluloids watak2 anime, angin, ataupun air. tapi korang akan tertarik ngan 'dunia' yang dia wujudkan. korang mungkin akan rasa apesal citer ni slow giler, plot simple giler, and boring, tapi attraction dia ada. comel, klasik, dan untuk masyarakat jepun, brings back childhood memories. untuk bangsa lain kurang sikit la part tu sbb budaya lain. 


Hayao Miyazaki’s Studio 
» workspaces (via)
miyazaki sensei's studio. aku rasa yg ni set up dalam ghibli museum? x sure.

anime dari directors & mangaka lain, feelings dia pun lain. kalau kau tengok akira or steamboy oleh otomo katsuhiro, ada rasa strained & depressed sikit ngan jalan citer & background dia. tengok millenium actress & paprika oleh satoshi kon, kepala kau pusing. tengok anime2 miyazaki, aku rasa idea baru & memorable.

aku jugak suka kreativiti dia olah cerita. ade anime dia adaptasi daripada buku kanak2. Howl's Moving Castle tu originally ditulis oleh mendiang Diana Wynne Jones. aku penah beli buku tu kat mph alamanda, memang best, aku lagi suka jalan cerita buku tu daripada anime miyazaki. tapi, anime miyazaki jauh lebih kreatif dan cantik.

dalam filem mononoke hime, dia gambarkan forest spirit dengan smart, and kalau korang perasan, dalam snow white and the huntsman, part antler dalam hutan, setting dia and feelings dia ada persamaan ngan setting dalam mononoke hime.

 
dalam ponyo, dia gambarkan tsunami tu disebabkan beribu2 mermaid berenang menjadi ombak besar. mermaid dia bukan macam ariel dalam the little mermaid. tapi ikan comel bermuka baby yang jatuh cinta kat budak lelaki yang duduk kat tepi tebing.

 aku jugak suka settings kiki's delivery service,  bandar tepi laut dengan gaya europe. indeed sebelum dia buat citer tu pun, dia ngan isao takahata pegi jenjalan kat europe untuk study architecture kat sana.

dan yang paling best, muzik by joe hisaishi dalam anime2 ghibli. tak jemu dengar.

ada beberapa anime baru ghibli yang aku belum tengok lagi, sebab aku still prefer diorg punya old anime start dari laputa ngan nausicaa. anyway compared to animation2 disney, pixar, ngan dreamworks, aku belum jumpa lagi movie diorang yang setanding ngan movie2 ghibli dari segi pengolahan cerita, kreativiti, & that feelings you're left with after you finished them.


bye-bye...

*seki-san dari last year dok tanya bila nak datang jepun. dia nak bawak jalan2 gi ghibli museum ngan kedai2 anime. masa dia asek datang malaysia untuk projek kat steelcase dulu, every time kitorang akan dok kongsi manga2 lama yang best. dengan status sekarang, nak cari kete, umah, dll, tunggu baby dah boleh appreciate totoro la kot baru kitorang dapat pegi, huhu..

*lagi satu tempat aku nak pegi - prague. sebab aku suka citer monster by urasawa naoki. final set up dia kat prague. ada membe2 pegi bercuti kat sana arituh, cantikkkkkkk sangat!


september 2013.


Monday, August 26, 2013

kereta kena curi, metallica, one-way astronauts.


1. brother-in-law's cars were stolen.

 the funny part:- sebelah rumah abang ipar aku tu ada 2 ekor anjing besar cam serigala. kau lalu la depan rumah dia, kompem dia hulur kepala dia celah pagar and menyalak kat kau. ada sekali tu masa aku ngan laki aku baru parking depan umah abang ipar aku, dua ekor anjing tu terlepas keluar rumah, tunggu kitorang keluar kete. maka kitorang pun melepak je la dalam kete sampai tuan dia panggil masuk umah.

so aku wonder masa penyamun tu datang curi kete sampai 2 bijik, anjing2 tu x menyalak macam gila ke?


2. metallica.






i) aku bawak bantal. pinggang sakit sbb tgh diarrhea lepas start minum susu anmum materna. skang dah berenti minum susu untuk beberapa bulan.

 ii) orang depan aku merokok cam !@#$, aku tutup muka aku ngan jaket pun boleh bau rokok lagi. so aku pegi panjat bukit kat belakang tu duduk atas rumput, tepiiii sekali, tu pun ade lagi 2-3 bangsa yang datang merokok jugak.

iii) aku dok tunggu the memory remains, siap nak sing along (sebab tu je lagu yg aku hafal lirik sikit2). tapi takde :'( nothing else matters sangat best, nak menangis aku dengar live. master of puppets pun feveret.

husband aku dok pasang lagu metallica dalam kete sejak dia beli tiket haritu. akhirnya baru la hari ni aku mintak dia bukak balik nightwish ngan machine head.


3. one-way astronauts


JPL (Jet Propulsion Lab) & NASA ada datang uni aku untuk buat talk, aerospace club jemput diorang every year. pastu yang suka datang tu pulak pakcik2 fizik yang muka diorang macam einstein;- manakala students (aku) datang jugak, untuk tido.

first time aku pegi simply sebab aku pegi gatal amik tajuk mars rovers untuk assignment astrophysics aku, so since the talk was exactly about mars rovers:- spirit & opportunity (masa tu phoenix belum landing lagi);- talk tu banyak la membantu paper aku.

last sekali aku pegi sebelum grad (tahun 2009), masa tu diorang dah start cakap pasal nak hantar orang ke mars. benda yang aku paling ingat, pakcik JPL tu cakap, masalah diorang masa tu ialah untuk cari orang yang nak pegi mars, tapi taknak balik. ha.ha.ha. 
and then ada lagi other factors such as psychology, emotional stability between men and women, what to do in case of nervous breakdown, etc etc. plus, due to the 'requirements' of men and women, kena la hantar sepasang, kalau hantar lelaki-lelaki atau popuan-popuan kang lain lak jadi. kemudian timbul pulak persoalan patut ke diorang hantar pasangan suami isteri dan sebagainya.

so bila aku baca article ni and found out ada puluh2 ribu orang volunteer nak pegi one-way mission ni;- 
"uncle, has your problem been solved?"

***

pernah ada orang tanya satu soklan masa Q&A, "what's the real purpose of space exploration?" 
pakcik JPL tu tunjuk kat kitorang dua jadual. satu milik ESA (European Space Agency) dan satu lagi milik NASA. Jadual tu tunjuk bila next mission diorang ke bulan (return to the moon), ngan first mission to mars.

after kitorang compare, nampak 'race' di situ. bila ESA letak satu tarikh, NASA letak date awal sikit; dan sebaliknya. dua-dua berebut nak siapkan misi diorg lebih awal.

"it's national interest," pakcik tu jawab, jawapan jujur giler.

masa final year, untuk subjek aerospace material and structure, aku buat lagi pasal mars rovers (sebab sume data dah ade), tapi focus more on the structure and materials of the spacecraft and the rovers themselves instead of the whole story. untuk conclusion, aku masukkan jadual yang aku copy drpd pakcik tu and tulis komen jujur tu kat dalam. lecturer aku tak cakap apepe tapi dalam projek tu, untuk bahagian aku, aku dapat markah penuh :p


august 2013.



Thursday, August 1, 2013

ramblings


had a berbuka buffet at boulevard with colleagues yesterday, collabtech's treat. the food are awesome, highly recommended. RM80 per pax if im not mistaken.

saba' cyberjaya is having buffet at RM 53, highly recommended as well.

hubby didn't join me yesterday; he went to amcorp hanging out with his friends. killing time, i spent almost and hour at artfren 'sourcing', and visited borders two times to look for habibi (couldn't find it). it was later that i went to mph and the girl who helped me checked the stock informed me that the graphic novel has been banned by kdn and hence it wouldn't enter bookstores. have to get it online then.

since hubby promised me to buy a book as raya present, i looked for alternatives. mph is placing 70% off on most of its graphic novels, you can buy Nausicaa at ~RM10. but i found this, and there's no discount :(



i'm a fan of osamu tezuka's works. even that i dont really like astroboy, dr black jack is my all time favorite (however, the other version of astroboy written by urasawa naoki:- PLUTO, is awesome). while most of his stories are light, the issues in this particular one is a bit heavy and controversial. next, i'm aiming to collect Buddha (why graphic novels are so mahal one??)

*been slowly collecting old mangas. you can read them online, but good books are best handheld :p*

*our Rosa has a baby! everyday we peeked into the aquarium for the hoglet. there were three at first, two died :( hope this last one will make it.

happy end of ramadhan, and selamat hari raya semua!

august 2013.


Wednesday, June 12, 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan




at first bila aku baca tajuk, aku pelik asal cam agak poyo contest kali ni (no offense noob :p). then aku tengok video noob post; dem, touching (walaupun aku xde la act out jadik ultraman atau suria baja hitam masa kecik dulu).

satu lagi sbb aku nk headset.

angry bird pun cun gak :p

A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 

time sekolah. zaman2 balik sekolah tengahari, sementara nak tunggu tuisyen petang tu, g kedai baca komik free (ataupun kalau ada duit beli, tapi jarang). few months ago, sepupu aku pegi kedai kat sebelah sekolah lama aku, tempat aku selalu curi2 baca komik. apek kat kedai tu tanya, "mana sepupu you sekarang? dulu dia suka baca komik kat kedai saya tapi tak beli. saya nak halau tak sampai hati."   :-|

orang2 'lama' memang suka ingat benda2 tak penting ni, hahaha

then balik sekolah, sementara tunggu tuisyen sebelah malam pulak, main game pokemon. tak pun layan rurouni kenshin ngan evangelion atau apepe anime yg abang aku downloadkan masa dia study kat MMU. masa tu suka gak layan AXN, anime time tu not bad, macam now and then, here and there & vandread. tapi zaman tu kalau ada astro tu dah kira mewah, so after habis trial version mak aku tak sambung pun, sbb kitorang tak kaya heheh.

zaman tu jugak zaman berpen-pal. sbb aku memang tak keluar umah, kawan2 kat sekolah habis kat sekolah je. balik dari sekolah, aku lepak umah arwah atuk aku main kucing, tgk citer2 kungfu, baca komik (makcik aku collect komik2 hongkong), makan, dan tido. so masa tu aku banyak pen pal kenal from kreko, selalu tukar2 lukisan. yes, sangat solitary dan loser sikit la. itu je la satu2 nya zaman aku beli kad raya untuk hantar kat orang. aku masuk asrama time form 4, semua lost contact. tapi bila jumpa balik diorg kat facebook, some of them ada yg dah jadi illustrator, photographer, and cartoonist. menyesal aku berhenti melukis dulu.

aku suka zaman2 tu, sbb aku duduk kampung and rapat ngan family. dan aku spend banyak masa melukis. start form 4 aku mula dok hostel, masuk matriks, fly, then baru few years ago yg aku 'balik' bebetul, tu pun da start keje masing2 dah busy.


B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

manis. aku jumpa husband aku. 2002, 4 sc 12. dia duduk depan, tengah; aku duduk belakang, tepi. every time aku pandang meja cikgu, aku akan nampak belakang dia dulu. dia suka tido dalam kelas, so most of the time aku stalk dia tgh tido atas meja la.

dia jenis cool, x pedulik sangat kebodohan budak2 lain (aku suka menyibuk hal orang masa tu), selalu kantoi merokok, bila dia kena gantung sekolah, aku la yang bosan sebab takde orang nak usha. dia kena bicara untuk buang sekolah, aku nangis dulu (tapi kne gantung je rupanya). every time sekolah buat 'dedication' (bagi kek/cokelat/bunga kat secret admirer), aku akan hantar kat dia (tapi x bgtau nama). dan dia akan makan tanpa bertanya. 

*bila aku sebut pasal mende tu sekang, dia jawab, "tak secret admire la kalo tau sape yg bagi."

kitorang satu homeroom, satu rumah sukan. pertengahan sem form 4 aku join silat sbb dia member silat. so conclusionnya, every picnic, bbq, outing, training yg aku join, 90% ada dia. aku time tu rajin :p top 5 dalam maktab aku (mrsm), dia jenis malas study, time dah dekat2 spm baru start bersungguh2, pastu dapat 8A (ke 9A?). membuatkan aku mempertikaikan watpe la aku penat2 study dr awal, baik main2 je kat sekolah, last2 tu baru la balun :-\ 

aku dulu pakai spec tebal, muka penuh jerawat. keyakinan diri aku masa tu selain drpd pasal belajar, rendah kaw2 punya. so sampai la habis spm aku tak cakap sangat pun ngan dia. after last paper spm, hujung 2003; time aku tengah jalan depan kelas kitrg masa form 4, bertembung ngan dia, aku jalan straight tak cakap apepe. abes camtu je.

last year, 23rd june 2012, first time aku jumpa dia balik. dia layan metal, tapi masa first date, dia gi workshop repair aircond kereta yg da berbulan2 rosak sebelum amik aku, pastu gi konsert MLTR kat setia alam.

 satu benda dia ingat pasal aku. dulu aku pakai spec tinted pink. benda yang aku pun lupa kalau dia tak ingatkan.



1st june 2013.



C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?


aku sengal, bagi la berapa banyak chance pun aku rasa aku akan buat mistake yang sama. tapi kalau boleh return to one time, aku nak balik kepada time arwah nenek aku meninggal. around that time arwah dah x sedar, koma, so kitrg bg makan dengan cara masukkan susu lalu tube pakai picagari selang 3-4 jam. sebelum masukkan susu baru, kena tarik keluar dulu isi perut. aku tak sure sehari ke 2 hari sebelum arwah meninggal, time aku tarik keluar isi perut, keluar balik susu yg aku masukkan 3 jam sebelumnya. patutnya susu tu dah hadam and warnanya jadik hijau. masa tu aku dah syak perut arwah dah x boleh proses. aku rasa cam taknak masukkan susu lagi, biar perut kosong so senang nak mandikan arwah nanti. tapi aku taknak fikir bukan2 so aku bagi je makan macam biasa.

malam jumaat minggu tu, akak aku kat sarawak niat nak baca yasin untuk arwah, tertidur atas sejadah lepas isyak sebelum baca. mak aku niat nak baca malam tu pun x baca. esoknya lepas subuh, makcik aku mintak tolong salin pampers arwah. masa tu kitrg x perasan arwah tgh nazak. mengerang2 dia masa kitorang mengiringkan dia, angkat dia, etc untuk salinkan pampers. aku ingat lagi time tu pampers yg kitrg salinkan tu bersih xde apa2.


after that makcik aku g pasar, aku gi sambung tido. aku tersedar sebab dengar makcik aku kejut arwah. arwah dah xde, meninggal sorang2. masa tu bila aku buka pampers dia sbb orang dah datang nak mandikan mayat, aku tengok pampers yg bersih sekejap pagi tadi penuh ngan najis, tanda azab sakaratulmaut, ataupun tuhan bersihkan siap2 perut arwah supaya senang orang mandikan jenazah, takyah tekan2 sangat perut menyeksa arwah.


kalau boleh patah balik, aku harap aku x sentuh arwah masa dia nazak. and aku harap aku x sambung tido pagi tu, harap ada kat sisi arwah masa dia pergi.

june 2013.



Thursday, June 6, 2013

married!


the first time i met him 11 years ago, i'd never thought that today, i'll be his wife.

june 1st 2013.


Wednesday, May 15, 2013

conteng-conteng


didnt draw that much, didnt read that much. tgh agak busy buat preparation.

semalam azran penat sangat, call2 tak bangun. so aku pergi opis dulu naik cab (biasa azran pick aku kat umah and drop kat bts), breakfast aku tinggalkan kat atas kabinet kasut luar umah. lupa ada momo mamau meme mimi mumu dan segala apa2 la kucing kat rumah tu. by the time azran sampai umah untuk amik breakfast, sandwich dah kne makan. kucen2 tu siap bukak tupperware lagi nak makan sandwich chicken ham + cheese.
"serius rasa nak tendang sekor2." kata azran yg menyayangi binatang. sori sayang, patut letak dalam beg..

keje tgh hectic, colleague aku yg lead projek kena pegi vienna nex week untuk present paper, so aku terkontang kanting nak setel mende2 yg belum setel. paper aku x start tulis lagi. patent pun walaupun dah lepas internal, co-inventor x agree lagi. barang2 kne source sendiri, vendor letak harga 6x ganda sampai aku rase nak bukak kampeni sourcing. kat steelcase dulu buat memang mechanical design semata2, sourcing ade org lain buat, skang sume benda carik sendiri, google becomes my best fren (tapi hari2 masuk lambat. pukul 9.30 aku tertunduk2 dari satu kubikel ke kubikel yg lain, menyorok dr bos untuk pegi ke meja. dulu aku selalu kutuk fai sbb dtg lambat, skang aku senyap je la).

petang2 dah jarang hujan. so berjaya la aku spend some time beriadah dengan cara berjalan kaki dr opis ke lrt bukit jalil. tak jauh, sejam je. sebab bila ade kedai aku singgah beli eskrem. bila ada bangku aku duduk menikmati keindahan alam (padahal pancit). pastu bila azran amik kat bts, pengsan dalam kete.

haritu aku ada tulis pasal berat aku dah naik, seluar tak muat, etc etc. tapi pastu aku jaga makan and banyak minum air and banyak berjalan so skang seluar da boleh pakai. skang aku tgh nak makan banyak balik, sbb seluar dah terlondeh dan pipi aku dah start cekung gile. women never satisfy eh?

bila plan2 ngan azran weekend ni nak buat apa weekend tu nak pegi mana, baru perasan kitrg tinggal 2 weekend. satu untuk balik kuantan test baju, satu lagi untuk setel last minit punya benda (such as food testing, beli katil, singgah keje kawen sedara, etc2)

the third weekend from now will be the wedding.


16 may 2013.


Wednesday, May 1, 2013

nephews


my brother will be home for my wedding later in june, cant wait to see mikael's new hair.




these are old "design". when he came home last april with his mom, he played too much in unclean environment i guess (jakun tgk mende2 yg tade kat doha), that he caught lice (kesian asek tergaru2 kepala), so his parents just cut the hair.



ok la, looked more civilized and less girly :p

the funny part abang aku citer, after dah botak and he looked at himself in the mirror, ternganga mulut. 

last year when he left malaysia, he had just turrned 1. now he's 2. bila aku balik keje time dia ada kat umah aritu, aku n atie (his mom) bukak pintu, dia panggil, "ANNE!!" pastu tendang bola kat aku, terus ajak main. rindu giler..  

my other nephew, rayyan, reallly grows up!

masa baru lahir, time cukur jambul


<4 months later:-




my sister has arrived muar for election yesterday (she lives at KT). going hometown as well tomorrow, cant wait to hug yayan~


*since masuk mimos berat aku naik mendadak, kalau dulu x lebih 45kg, skang reaching 50kg. sampaikan seluar yg aku pakai, dulu kne pin sebab longgar:- sekarang at one point takleh nak zip pun.

maybe sbb heppi so banyak makan (aku jumpa azran lebih kurang time aku resign from steelcase & masuk mimos), and lagi satu sebab aku x berjalan. kat steelcase dulu nak pegi kilang kat puchong aku kne tukar bas 3 kali. kalau pegi opis kat midveli naik bas-erl-ktm or kalau sempat naik bas rapid kl je, tapi takut jem. and then kalo kat midveli aku suka merayau time lunch, so banyak la senaman.

skang... pagi ade org amik, balik ade org hantar sampai depan pintu umah.. time lunch tapau kat cafe naik atas makan baca buku.. mana tak makin besar..

so aku start pakai korset n membe aku suh minum air suam banyak2 (sampai kencing almost 10 times la kat opis tu), and kalau petang time balik tu x hujan and aku x dapat cab, aku jalan kaki dr mimos ke lrt bukit jalil. tak sampai sebulan seluar dah longgar balik :D walaupun x sampai tahap kne pin macam zaman dulu tapi oke la jugak..

so kawan2, mari minum air masak banyak2~*


dah start banyak ramblings, aku rasa aku dah start nervous untuk wedding selain keje kat opis tgh mencabar.

May 2013.