Monday, June 17, 2013

sketches


waiting for hubby at the office. drawing on an aceo format.



re-stocked drink coasters. bought some wooden frames to sketch on.


Embedded image permalink

june 2013.


Wednesday, June 12, 2013

Nikah Photos by Qatamari Photography





































full rights reserved by Qatamari Photography.

1st june 2013.


GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan




at first bila aku baca tajuk, aku pelik asal cam agak poyo contest kali ni (no offense noob :p). then aku tengok video noob post; dem, touching (walaupun aku xde la act out jadik ultraman atau suria baja hitam masa kecik dulu).

satu lagi sbb aku nk headset.

angry bird pun cun gak :p

A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 

time sekolah. zaman2 balik sekolah tengahari, sementara nak tunggu tuisyen petang tu, g kedai baca komik free (ataupun kalau ada duit beli, tapi jarang). few months ago, sepupu aku pegi kedai kat sebelah sekolah lama aku, tempat aku selalu curi2 baca komik. apek kat kedai tu tanya, "mana sepupu you sekarang? dulu dia suka baca komik kat kedai saya tapi tak beli. saya nak halau tak sampai hati."   :-|

orang2 'lama' memang suka ingat benda2 tak penting ni, hahaha

then balik sekolah, sementara tunggu tuisyen sebelah malam pulak, main game pokemon. tak pun layan rurouni kenshin ngan evangelion atau apepe anime yg abang aku downloadkan masa dia study kat MMU. masa tu suka gak layan AXN, anime time tu not bad, macam now and then, here and there & vandread. tapi zaman tu kalau ada astro tu dah kira mewah, so after habis trial version mak aku tak sambung pun, sbb kitorang tak kaya heheh.

zaman tu jugak zaman berpen-pal. sbb aku memang tak keluar umah, kawan2 kat sekolah habis kat sekolah je. balik dari sekolah, aku lepak umah arwah atuk aku main kucing, tgk citer2 kungfu, baca komik (makcik aku collect komik2 hongkong), makan, dan tido. so masa tu aku banyak pen pal kenal from kreko, selalu tukar2 lukisan. yes, sangat solitary dan loser sikit la. itu je la satu2 nya zaman aku beli kad raya untuk hantar kat orang. aku masuk asrama time form 4, semua lost contact. tapi bila jumpa balik diorg kat facebook, some of them ada yg dah jadi illustrator, photographer, and cartoonist. menyesal aku berhenti melukis dulu.

aku suka zaman2 tu, sbb aku duduk kampung and rapat ngan family. dan aku spend banyak masa melukis. start form 4 aku mula dok hostel, masuk matriks, fly, then baru few years ago yg aku 'balik' bebetul, tu pun da start keje masing2 dah busy.


B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

manis. aku jumpa husband aku. 2002, 4 sc 12. dia duduk depan, tengah; aku duduk belakang, tepi. every time aku pandang meja cikgu, aku akan nampak belakang dia dulu. dia suka tido dalam kelas, so most of the time aku stalk dia tgh tido atas meja la.

dia jenis cool, x pedulik sangat kebodohan budak2 lain (aku suka menyibuk hal orang masa tu), selalu kantoi merokok, bila dia kena gantung sekolah, aku la yang bosan sebab takde orang nak usha. dia kena bicara untuk buang sekolah, aku nangis dulu (tapi kne gantung je rupanya). every time sekolah buat 'dedication' (bagi kek/cokelat/bunga kat secret admirer), aku akan hantar kat dia (tapi x bgtau nama). dan dia akan makan tanpa bertanya. 

*bila aku sebut pasal mende tu sekang, dia jawab, "tak secret admire la kalo tau sape yg bagi."

kitorang satu homeroom, satu rumah sukan. pertengahan sem form 4 aku join silat sbb dia member silat. so conclusionnya, every picnic, bbq, outing, training yg aku join, 90% ada dia. aku time tu rajin :p top 5 dalam maktab aku (mrsm), dia jenis malas study, time dah dekat2 spm baru start bersungguh2, pastu dapat 8A (ke 9A?). membuatkan aku mempertikaikan watpe la aku penat2 study dr awal, baik main2 je kat sekolah, last2 tu baru la balun :-\ 

aku dulu pakai spec tebal, muka penuh jerawat. keyakinan diri aku masa tu selain drpd pasal belajar, rendah kaw2 punya. so sampai la habis spm aku tak cakap sangat pun ngan dia. after last paper spm, hujung 2003; time aku tengah jalan depan kelas kitrg masa form 4, bertembung ngan dia, aku jalan straight tak cakap apepe. abes camtu je.

last year, 23rd june 2012, first time aku jumpa dia balik. dia layan metal, tapi masa first date, dia gi workshop repair aircond kereta yg da berbulan2 rosak sebelum amik aku, pastu gi konsert MLTR kat setia alam.

 satu benda dia ingat pasal aku. dulu aku pakai spec tinted pink. benda yang aku pun lupa kalau dia tak ingatkan.



1st june 2013.



C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?


aku sengal, bagi la berapa banyak chance pun aku rasa aku akan buat mistake yang sama. tapi kalau boleh return to one time, aku nak balik kepada time arwah nenek aku meninggal. around that time arwah dah x sedar, koma, so kitrg bg makan dengan cara masukkan susu lalu tube pakai picagari selang 3-4 jam. sebelum masukkan susu baru, kena tarik keluar dulu isi perut. aku tak sure sehari ke 2 hari sebelum arwah meninggal, time aku tarik keluar isi perut, keluar balik susu yg aku masukkan 3 jam sebelumnya. patutnya susu tu dah hadam and warnanya jadik hijau. masa tu aku dah syak perut arwah dah x boleh proses. aku rasa cam taknak masukkan susu lagi, biar perut kosong so senang nak mandikan arwah nanti. tapi aku taknak fikir bukan2 so aku bagi je makan macam biasa.

malam jumaat minggu tu, akak aku kat sarawak niat nak baca yasin untuk arwah, tertidur atas sejadah lepas isyak sebelum baca. mak aku niat nak baca malam tu pun x baca. esoknya lepas subuh, makcik aku mintak tolong salin pampers arwah. masa tu kitrg x perasan arwah tgh nazak. mengerang2 dia masa kitorang mengiringkan dia, angkat dia, etc untuk salinkan pampers. aku ingat lagi time tu pampers yg kitrg salinkan tu bersih xde apa2.


after that makcik aku g pasar, aku gi sambung tido. aku tersedar sebab dengar makcik aku kejut arwah. arwah dah xde, meninggal sorang2. masa tu bila aku buka pampers dia sbb orang dah datang nak mandikan mayat, aku tengok pampers yg bersih sekejap pagi tadi penuh ngan najis, tanda azab sakaratulmaut, ataupun tuhan bersihkan siap2 perut arwah supaya senang orang mandikan jenazah, takyah tekan2 sangat perut menyeksa arwah.


kalau boleh patah balik, aku harap aku x sentuh arwah masa dia nazak. and aku harap aku x sambung tido pagi tu, harap ada kat sisi arwah masa dia pergi.

june 2013.



Sunday, June 9, 2013

post-wedding


some random photos uploaded by family and friends in fb. haven't received any official photos from the photographers yet :)





 




akad nikah at masjid besi.





reception at perantau hill




 reception at kuantan.


alhamdulillah dah selesai semuanya. rasa lega sangat. pasni bila azran hantar aku balik umah, aku takyah dah tengok dia drive off balik umah dia, pastu tunggu dia call bgtau dah sampai umah (in which selalunya aku dah tertido dah pun).

ada sikit citer pasal aku dan mak2 andam:- masa nak nikah, aku bgtau mak andam siap2 aku nak gerak g masjid kol 8.15, pukul 7.45 baru diorg sampai. pastu main cap-cap je muka aku, 15 minit siap. yang bestnyer, macik tu siap boleh cakap, 
"eh jangan risau, last week pun kitrg mekapkan pengantin nak nikah pukul 9, pukul 8.40 baru dia gerak. imam pun mesti lambat punya, mana pernah org nikah pukul 9; memang pukul 9 start." 

waklu. kitorang sampai pukul 9, imam dah tunggu kat opis dia.

bila aku balik dr masjid untuk siap sedia majlis bersanding kat perantau, carmen dah tunggu setengah jam (aku pulak yg lambat). dia pelik tengok muka aku gelap dari warna asal, masa aku nak tanggalkan mekap nikah tu pun, lima kali gak pakai makeup remover baru muka bersih balik. syukur carmen mekapkan aku nipis and natural, dalam gambar tak cantik sangat, tapi aku xde lah rasa segan nak mengadap husband aku, sedara n kawan2 masa bersanding. 

lepas makeup, carmen chow, then mak andam datang untuk pakaikan baju n tudung. dia pakaikan aku tudung ngan awning bermanik, pastu layered ngan selendang, pastu layered lagi ngan veil yg sarat, pastu pakaikan ape ntah rantai kat sanggul predator tuh, walaupun aku ngan akak ipar aku tak nak. so bila diorang blah, aku turun gi hall umah tanya kazen2 aku, oke ke tak, semua senyap. aku tengok jam, 12.30. pukul 1.00 nak berkumpul kat restoran. aku terus gtau akak ipar & sepupu aku, jom bukak tudung ni, pakai balik. so kitorang cepat2 bukak sanggul predator dan segala macam tudung + accessories yg mak andam pakaikan aku. aku sanggul je rambut sendiri, pakai tudung awning kosong akak aku, pasang veil, pastu instead of pakai rantai sanggul makcik tu, kitrang cucuk je bunga sedara aku buat.

  masa reception kat kuantan ceritanya better. walaupun mak andam pakai segala warna yang boleh & lukis segala line yang ada, bila dia tinggalkan aku untuk pakai baju, aku kunci pintu and padam eyeshadow yg over sampai ke kening, tinggalkan yg atas mata je. dia lukis line kat bibir aku pun aku padam, pakai gincu cam bese. aku penah cakap yg aku kalau mekap, muka aku boleh jadik macam pondan. blusher kat pipi aku xleh nak buat apa, so biar je la. dalam gambar mmg nampak cantik, tapi masalahnya time mengadap orang tu, agak sedih la sebab mekap kat muka pecah2. lepas bersanding, bila mak andam nak touch up blusher, aku cakap taknak pastu lari. sanggul predator ngan bulu mata palsu pun aku xnak pakai, macam2 alasan aku bagi. aku rasa kompem dia rasa aku cerewet gile padahal aku lagi taknak over2.

tengah tunggu lagi gambar2 from photoghrapher, nanti aku letak la yg cantik2. yang tak cantik aku x letak. bye :D

june 2013.


Thursday, June 6, 2013

married!


the first time i met him 11 years ago, i'd never thought that today, i'll be his wife.

june 1st 2013.


Tuesday, May 21, 2013

artwork for banner

portrait of us by Zid, the first photo of us that i posted on facebook almost a year ago.

planning to put her on the banner.

may 2013.