Friday, December 13, 2013

week 22.

alhamdulillah, dah masuk week 22. baby makin suka bergerak2 dan menendang2. bila lapar je tendang. ada sekali tu aku amik cuti. after husband aku gi keje, aku sarapan cereal pastu lepak jap, pastu tido. bangun2 je dah tengahari, baby tgh galak menendang2. lapo la tuh :p

everytime check up, kne sound ngan doktor. "awak patutnya naik 0.5 kg je setiap bulan, ni dah 1 kg, terlebih ni." dan yang paling teruk, hari tu timbang, 53.5 kg:- "awak patut naik 0.5 kg je sebulan masa kandungan bawah 20 minggu. ni awak naik 3.5 kg nih!"

sepanjang perjalanan balik aku tanya husband aku, "ayang gemok ke? ayang gemok ke? sob2."

pastu husband aku jawab, "tak lah. cute..."

pastu husband aku sambung, "ikan paus pun cute jugak.."

*****

bila doktor cakap baby punyer berat dah 217 gram, husband aku tanya, "hah! mana pegi lagi 3283 gram??"

husband aku punyer matematik sangat pantas sebab dah biasa kira2 dalam kepala, gaji tolak ni tolak tu, berapa tinggal untuk beli tf.

tapi serius weh, sejak masuk 4 bulan, aku memang selalu lapar. kalau dulu prosperity bege tu terkial2 aku nak habiskan, sekarang aku boleh makan 2.

*****

dah book fpp kat hospital putrajaya, hujung bulan jan ni first check-up. setakat aku gi intai blog2 orang bersalin yg lain, kalau normal, tak pakai epidural etc etc, harga still below or around RM 2000 (cukup2 untuk budget yang kampeni bagi). kalau caesar akan up ke RM 3500, but still cheaper than hospital swasta yang lain2 la insyaAllah. masa nak admit nanti bayar deposit 3k kat kaunter, after keluar bil boleh mintak refund kalo ade refund.

untuk sesapa yang nak usha-usha, bole check kat blog2 ni:-

http://untuqsemua.blogspot.com/2013/02/tips-bersalin-di-hospital-putrajaya.html

http://ainshazreen.blogspot.com/2013/03/hospital-pilihan-fpp-hospital-putrajaya.html

edd aku 20 april 2014. ada la berharap gak dapat tarikh tu sebab sama ngan besdey mak aku & akak aku.

*****

mak aku gi doha, lepak umah abang aku seminggu, main2 ngan mikael, pastu gi umrah. haritu mak aku bgtau mikael telefon, cakap "atuk!! auntie anne mana? a'a keje ke?" rindu giler. (auntie anne tu aku, a'a tu abang aku nombor dua).

sekali rupenya memang mikael dail sendiri telefon tu. pandai, bagus. lepas ni buat selalu, padan muka bapak ko kne bayar bil, kakaka..

tadi baru balik dr klia hantar mak aku. so sebulan la tak makan mak masak :'(

sejak enfon aku pecah tak berganti aritu, da jarang amik gamba (enfon cikai ku kamera x lawa. aku pakai phone tu untuk install myteksi je supaya senang aku nak panggil teksi dr opis). dah lama x melukis jugak, so xde mende pun nak updet instagram. tapi ada membe mintak letak gamba preggy. meh sini aku letak gamba ikan paus, hahaha.

 yayan balik dr kt, nasib la banjir otw nak balik tu dah surut. oh ye, yayan dah nak masuk setahun nex week. sekejap je masa berlalu. rasa baru je aritu aku pos gamba yayan masa baru lahir.




 ngan mak aku.


 akak aku around 26 minggu, awal sebulan dr aku.


 abang ipar aku jenis suka menyanyi. suara dia seyes sedap, tapi bila dia kantoi tgh menyanyi sorang2 dalam bilik, terasa kuat hati aku nak mengutuk. ni husband aku la ni yg ajar.

dia nak fly jugak...


ok nak gi dating. bye.

dec 2013.


2 comments:

  1. hah? ikan paus?? mana2?? X3

    siyes cmtu 53.5kg?? awat nmpak cam 49kg? heheh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. laju gile ko komen, aku baru nak shut down. ahaha kalo compare dr sebelum preggy 46 kg memang naik mendadak la weh. pastu perut aku besor tu, tapi sbb baju besor x nampak

      Delete