Monday, March 24, 2014

week 36 and new portfolio tumblr :D


semalam gi majlis tunang kazen hubby, pastu balik tu kitorang lepak amcorp and then midvalley sebab kononnya aku nak menghilangkan rindu kat artfren. sampai2 je aku singgah toilet, and then aku notice ade bleeding sikit. masa tu da cuak giler sebab aku dah 36 weeks, and minah2 keliling aku (akak aku, colleague aku etc) kebanyakannya beranak time 37 weeks. so kitorang pun balik putrajaya gi hospital terus.

macam bese diorg check ctg (denyut jantung baby), and macam bese jugak bila perut kne ikat, baby memberontak giler2 dengan menendang-nendang mesin tuh. pastuh, for the first time ever doktor gi check 'jalan' sebab bila darah campur lendir keluar, biasanya tanda2 nak bersalin. sakit dowh. menggigil2 aku lepas dia check tu, pastu mule la insaf, time nak bersalin nanti lagi la..

tapi pintu rahim lom bukak pun lagi. diorg scan pulak sebab takut uri jatuh. tengok2, kedudukan uri pun ok, takde mende. aku tak penah rasa contraction lagi, so actually tanda2 bersalin memang belum ada. aku kena hold dulu sebab diorg nak call gynae aku, samada nak tahan wad or bagi balik. aku pun cakap la hari esoknya tu aku ade appointment pun ngan gynae aku tu, so bg je la balik since diorg pun agree takde mende pun ngan aku. tapi disebabkan call2 tak dapat, kena la dok tunggu lagi sejam dua sampai la aku rasa ridiculous giler dan nak balik jugak! last2 diorg bagi balik tapi masa tu dah dekat pukul 9 malam dah pun. sempat la jugak aku ngan hubby menapau kfc ngan muffin kat alamanda. nak makan sushi kena halau sebab orang da nak tutup kedai.

then pagi ni check up ngan gynae kat hospital, dia check result semalam, dia cakap it could be infection so dapat la ubat. siap dr hazim cakap lagi kat kitorang, "kalau tak bagi ubat nanti bleeding lagi, you kena datang hospital lagi, nanti kena tunggu berjam2 lagi." wakaka..pasni kalo ade apepe yg pelik2 berlaku lagi, kitrg gi check kat hospital zahrah dulu ler.. kalau betul ada bukaan ke dah nak terberanak ke, baru gi hospital putrajaya. susah gak bila specialist je yg boleh decide padahal banyak je doktor lain available masa tuh.

next appointment masa week 39. pelik gak sebab aku baca, kalau dah hujung2 ni patutnya checkup every week. tapi maybe sebab aku blom ada tanda2 lagi kot, doktor pun rilek je. anyway hubby janji kalau aku beranak takde masalah and ada duit extra drpd budget bersalin kitorang, boleh beli intuos 5! aritu pinjam intuos membe aku, sampai kol 2+ aku dok main mende tu, bes gile.

aku da bukak tumblr. letak artwork2 yang siap, most of them yg orang commission. sekarang tengah nak abeskan commission sikit2 lagi sebelum beranak, pastu mau tutup akaun. nak buat personal artworks pulak. bes jugak kalo dapat intuos, sambil2 pantang ni boleh lukis2 *hint* *hint* :"D





7 comments:

  1. omg siyes cuak aku bace mende2 cmneh huhuu... kiyotsukette ne hime-chan huhuu ( >,<)~

    p/s: am gonna travel tmorrow, will be in kl only for a short short time, before i go fly sumwhere... meheh ;3

    ReplyDelete
  2. whatsapp whatsapp :D

    hime s

    ReplyDelete
  3. kejap je awak dh 36 weeks ya dear..moga di permudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kejap je rasenya. tenx a lot, take care too :D

      Delete
  4. hime-chaaaan~ omedetou gozaimashita! XD
    congrats for delivering himawari-chan safely into this world~
    *am patiently waiting for your update in this blog* X3

    ReplyDelete