Sunday, June 9, 2013

post-wedding


some random photos uploaded by family and friends in fb. haven't received any official photos from the photographers yet :)





 




akad nikah at masjid besi.





reception at perantau hill




 reception at kuantan.


alhamdulillah dah selesai semuanya. rasa lega sangat. pasni bila azran hantar aku balik umah, aku takyah dah tengok dia drive off balik umah dia, pastu tunggu dia call bgtau dah sampai umah (in which selalunya aku dah tertido dah pun).

ada sikit citer pasal aku dan mak2 andam:- masa nak nikah, aku bgtau mak andam siap2 aku nak gerak g masjid kol 8.15, pukul 7.45 baru diorg sampai. pastu main cap-cap je muka aku, 15 minit siap. yang bestnyer, macik tu siap boleh cakap, 
"eh jangan risau, last week pun kitrg mekapkan pengantin nak nikah pukul 9, pukul 8.40 baru dia gerak. imam pun mesti lambat punya, mana pernah org nikah pukul 9; memang pukul 9 start." 

waklu. kitorang sampai pukul 9, imam dah tunggu kat opis dia.

bila aku balik dr masjid untuk siap sedia majlis bersanding kat perantau, carmen dah tunggu setengah jam (aku pulak yg lambat). dia pelik tengok muka aku gelap dari warna asal, masa aku nak tanggalkan mekap nikah tu pun, lima kali gak pakai makeup remover baru muka bersih balik. syukur carmen mekapkan aku nipis and natural, dalam gambar tak cantik sangat, tapi aku xde lah rasa segan nak mengadap husband aku, sedara n kawan2 masa bersanding. 

lepas makeup, carmen chow, then mak andam datang untuk pakaikan baju n tudung. dia pakaikan aku tudung ngan awning bermanik, pastu layered ngan selendang, pastu layered lagi ngan veil yg sarat, pastu pakaikan ape ntah rantai kat sanggul predator tuh, walaupun aku ngan akak ipar aku tak nak. so bila diorang blah, aku turun gi hall umah tanya kazen2 aku, oke ke tak, semua senyap. aku tengok jam, 12.30. pukul 1.00 nak berkumpul kat restoran. aku terus gtau akak ipar & sepupu aku, jom bukak tudung ni, pakai balik. so kitorang cepat2 bukak sanggul predator dan segala macam tudung + accessories yg mak andam pakaikan aku. aku sanggul je rambut sendiri, pakai tudung awning kosong akak aku, pasang veil, pastu instead of pakai rantai sanggul makcik tu, kitrang cucuk je bunga sedara aku buat.

  masa reception kat kuantan ceritanya better. walaupun mak andam pakai segala warna yang boleh & lukis segala line yang ada, bila dia tinggalkan aku untuk pakai baju, aku kunci pintu and padam eyeshadow yg over sampai ke kening, tinggalkan yg atas mata je. dia lukis line kat bibir aku pun aku padam, pakai gincu cam bese. aku penah cakap yg aku kalau mekap, muka aku boleh jadik macam pondan. blusher kat pipi aku xleh nak buat apa, so biar je la. dalam gambar mmg nampak cantik, tapi masalahnya time mengadap orang tu, agak sedih la sebab mekap kat muka pecah2. lepas bersanding, bila mak andam nak touch up blusher, aku cakap taknak pastu lari. sanggul predator ngan bulu mata palsu pun aku xnak pakai, macam2 alasan aku bagi. aku rasa kompem dia rasa aku cerewet gile padahal aku lagi taknak over2.

tengah tunggu lagi gambar2 from photoghrapher, nanti aku letak la yg cantik2. yang tak cantik aku x letak. bye :D

june 2013.


15 comments:

  1. Replies
    1. seyes aku x paham asal dia leh ambil ringan majlis orang

      Delete
  2. waklu - LoL! XD

    hime chan, i think you can never look like a pondan no matter how much makeup you put on because your jaw is not prominent, and your face shape is girly, nice and pretty ^^

    but i have to agree on one thing, when it comes to makeup, less is always better... less makeup - more youthful ^^

    p/s: ko comel dlm semua gambar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenx plain!! :D aku dah try makeup session banyak kali, mmg cam pondan, hahaha

      dalam gambar mmg nampak ok. depan2 macam tepung gomak beb, huhu

      Delete
  3. Replies
    1. mesti ada je x kena bila hari majlis..sy punya semua ok.kecuali masa nak berarak tu.ada masalah ckit..alhamdulilah semua ok..xpe..yg penting semua selamat kan..awak pon cantik lepas di betulkan.. =)

      Delete
    2. haha, masalah saya ngan mak andam je la, sbb diorg susah nak ikut permintaan pengantin. sikit2 cakap, "saya ada 20 tahun experience makeup." bila saya taknak atau ubah sikit, mula buat muka masam.

      Delete
  4. Selamat pengantin baru Hime-chan. Comel jer pengantin... koh koh koh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenx..pengantin ko pun comel gak :)

      Delete
  5. Selamat pengantin baru semoga kekal hinga ke syurga Allah.

    ReplyDelete