Wednesday, June 12, 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan




at first bila aku baca tajuk, aku pelik asal cam agak poyo contest kali ni (no offense noob :p). then aku tengok video noob post; dem, touching (walaupun aku xde la act out jadik ultraman atau suria baja hitam masa kecik dulu).

satu lagi sbb aku nk headset.

angry bird pun cun gak :p

A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 

time sekolah. zaman2 balik sekolah tengahari, sementara nak tunggu tuisyen petang tu, g kedai baca komik free (ataupun kalau ada duit beli, tapi jarang). few months ago, sepupu aku pegi kedai kat sebelah sekolah lama aku, tempat aku selalu curi2 baca komik. apek kat kedai tu tanya, "mana sepupu you sekarang? dulu dia suka baca komik kat kedai saya tapi tak beli. saya nak halau tak sampai hati."   :-|

orang2 'lama' memang suka ingat benda2 tak penting ni, hahaha

then balik sekolah, sementara tunggu tuisyen sebelah malam pulak, main game pokemon. tak pun layan rurouni kenshin ngan evangelion atau apepe anime yg abang aku downloadkan masa dia study kat MMU. masa tu suka gak layan AXN, anime time tu not bad, macam now and then, here and there & vandread. tapi zaman tu kalau ada astro tu dah kira mewah, so after habis trial version mak aku tak sambung pun, sbb kitorang tak kaya heheh.

zaman tu jugak zaman berpen-pal. sbb aku memang tak keluar umah, kawan2 kat sekolah habis kat sekolah je. balik dari sekolah, aku lepak umah arwah atuk aku main kucing, tgk citer2 kungfu, baca komik (makcik aku collect komik2 hongkong), makan, dan tido. so masa tu aku banyak pen pal kenal from kreko, selalu tukar2 lukisan. yes, sangat solitary dan loser sikit la. itu je la satu2 nya zaman aku beli kad raya untuk hantar kat orang. aku masuk asrama time form 4, semua lost contact. tapi bila jumpa balik diorg kat facebook, some of them ada yg dah jadi illustrator, photographer, and cartoonist. menyesal aku berhenti melukis dulu.

aku suka zaman2 tu, sbb aku duduk kampung and rapat ngan family. dan aku spend banyak masa melukis. start form 4 aku mula dok hostel, masuk matriks, fly, then baru few years ago yg aku 'balik' bebetul, tu pun da start keje masing2 dah busy.


B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

manis. aku jumpa husband aku. 2002, 4 sc 12. dia duduk depan, tengah; aku duduk belakang, tepi. every time aku pandang meja cikgu, aku akan nampak belakang dia dulu. dia suka tido dalam kelas, so most of the time aku stalk dia tgh tido atas meja la.

dia jenis cool, x pedulik sangat kebodohan budak2 lain (aku suka menyibuk hal orang masa tu), selalu kantoi merokok, bila dia kena gantung sekolah, aku la yang bosan sebab takde orang nak usha. dia kena bicara untuk buang sekolah, aku nangis dulu (tapi kne gantung je rupanya). every time sekolah buat 'dedication' (bagi kek/cokelat/bunga kat secret admirer), aku akan hantar kat dia (tapi x bgtau nama). dan dia akan makan tanpa bertanya. 

*bila aku sebut pasal mende tu sekang, dia jawab, "tak secret admire la kalo tau sape yg bagi."

kitorang satu homeroom, satu rumah sukan. pertengahan sem form 4 aku join silat sbb dia member silat. so conclusionnya, every picnic, bbq, outing, training yg aku join, 90% ada dia. aku time tu rajin :p top 5 dalam maktab aku (mrsm), dia jenis malas study, time dah dekat2 spm baru start bersungguh2, pastu dapat 8A (ke 9A?). membuatkan aku mempertikaikan watpe la aku penat2 study dr awal, baik main2 je kat sekolah, last2 tu baru la balun :-\ 

aku dulu pakai spec tebal, muka penuh jerawat. keyakinan diri aku masa tu selain drpd pasal belajar, rendah kaw2 punya. so sampai la habis spm aku tak cakap sangat pun ngan dia. after last paper spm, hujung 2003; time aku tengah jalan depan kelas kitrg masa form 4, bertembung ngan dia, aku jalan straight tak cakap apepe. abes camtu je.

last year, 23rd june 2012, first time aku jumpa dia balik. dia layan metal, tapi masa first date, dia gi workshop repair aircond kereta yg da berbulan2 rosak sebelum amik aku, pastu gi konsert MLTR kat setia alam.

 satu benda dia ingat pasal aku. dulu aku pakai spec tinted pink. benda yang aku pun lupa kalau dia tak ingatkan.



1st june 2013.



C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?


aku sengal, bagi la berapa banyak chance pun aku rasa aku akan buat mistake yang sama. tapi kalau boleh return to one time, aku nak balik kepada time arwah nenek aku meninggal. around that time arwah dah x sedar, koma, so kitrg bg makan dengan cara masukkan susu lalu tube pakai picagari selang 3-4 jam. sebelum masukkan susu baru, kena tarik keluar dulu isi perut. aku tak sure sehari ke 2 hari sebelum arwah meninggal, time aku tarik keluar isi perut, keluar balik susu yg aku masukkan 3 jam sebelumnya. patutnya susu tu dah hadam and warnanya jadik hijau. masa tu aku dah syak perut arwah dah x boleh proses. aku rasa cam taknak masukkan susu lagi, biar perut kosong so senang nak mandikan arwah nanti. tapi aku taknak fikir bukan2 so aku bagi je makan macam biasa.

malam jumaat minggu tu, akak aku kat sarawak niat nak baca yasin untuk arwah, tertidur atas sejadah lepas isyak sebelum baca. mak aku niat nak baca malam tu pun x baca. esoknya lepas subuh, makcik aku mintak tolong salin pampers arwah. masa tu kitrg x perasan arwah tgh nazak. mengerang2 dia masa kitorang mengiringkan dia, angkat dia, etc untuk salinkan pampers. aku ingat lagi time tu pampers yg kitrg salinkan tu bersih xde apa2.


after that makcik aku g pasar, aku gi sambung tido. aku tersedar sebab dengar makcik aku kejut arwah. arwah dah xde, meninggal sorang2. masa tu bila aku buka pampers dia sbb orang dah datang nak mandikan mayat, aku tengok pampers yg bersih sekejap pagi tadi penuh ngan najis, tanda azab sakaratulmaut, ataupun tuhan bersihkan siap2 perut arwah supaya senang orang mandikan jenazah, takyah tekan2 sangat perut menyeksa arwah.


kalau boleh patah balik, aku harap aku x sentuh arwah masa dia nazak. and aku harap aku x sambung tido pagi tu, harap ada kat sisi arwah masa dia pergi.

june 2013.



32 comments:

  1. ... hime chan wa ii ko da ne :')

    my one n only grandma passed away just 2 months ago, sempat jugak la aku sembang2 ckit n picit2 kaki n lengan arwah nenek a few days before she passed away that night at my aunt's house, we didn't expect her to leave so soon, she seemed rather ok but tired... my aunt sempat temankan nenek hingga hembusan nafas terakhir... alhamdulillah semua urusan jenazah berjalan lancar esok pagi tu. banyak kenangan manis dengan arwah nenek n the rest of my late grandparents, especially during aidilfitri :')

    neway good luck in dis contest hime chan~ aku x join sbb bagi aku soklan2 quiz contest ni sangat susah mengalahkan paper pengajian am stpm :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. good to know that :) aku agak terkilan, sbb arwah da start sakit since aku form 3, dulu nak study masa pmr, aku banyak spend masa study kat hospital. lepas aku matriks dia jatuh, then start takleh bangun da. bila dah lama gilir2 jaga orang tua, at one point ada time aku annoyed and layan ngan dia dgn tak ok. dia suh urut aku buat sambil lewa. dia suh buat ni aku x buat, dia suh buat tu aku x buat. tu sume time2 yg aku terkilan :(

      Delete
    2. btw aku memula pun xde idea nak join, then aku tgk video tu, rasa kena lak ngan diri sendiri. ade sampai sabtu, take ur time, aku nk gak tau citer ko. baca citer len da sedey da td, huhu

      Delete
    3. huhu hime chan, manusia biasa memang tak dpt lari dari melakukan kesilapan yg mana dia akan rasa terkilan lepas tu, sekarang apa yg kita boleh buat untuk arwah ialah sedekahkan al-fatihah dan berdoa akan kesejahteraan roh selalu, semoga arwah bahagia di sana :')

      pasal video tu aku pun rasa terkena kat aku jugak, kaki komik gak aku dari skolah rendah, ngan buat gaya otroman kekadang sambil main layang2 ngan cousins lol... mmg best gila zaman tu kalau dikenang boleh jadi melankolik :p

      Delete
    4. orang dok cite pasal nenek.. aku pun sebok nak ikut jugak.. hehehe.. masa nenek aku nazak tu, aku macam kosong.. tak de perasaan.. padahal dulu2, setiap minggu mesti mak aku balik kampung. tapi aku still tak rapat dengan nenek aku. yela, kalau balik kampung, aku bukannya lepak dengan nenek pun, aku lepak dengan sepupu sepapat je.. then arwah nenek aku selalu kutuk belakang aku kat orang lain, katanya aku ni pemalas. padahal anak2 org lain yang sepahkan rumah nenek, aku pulak yang disuruhnya kemas. idak aku nak kemas la, bukan aku yang sepahkan, dah kena cop "pengulir" dalam bahasa banjar ataupun pemalas. hehe. pastu bila time makan pun, arwah nenek aku selalu manjakan sepupu aku je, aku dan sorang lagi sepupu, dia macam tak kesah sangat. so aku tak tau kenapa, until now, aku rasa macam tak de kenangan indah dengan arwah nenek aku tu.. time ni aku sek rendah lagi, budak2 tapi badan je dah anak dara. tapi apapun, dia tetap nenek aku.. harap dia aman disana.. amin

      Delete
  2. serius menarik kengan tu semua..kengangan terindah..kalau tiada dulu tiada sekarang..nk join la

    ReplyDelete
  3. urmm..i never have a chance to meet my grandma/granpa .

    ReplyDelete
  4. Singgah dari GA sama , Good Luck !

    http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html

    ReplyDelete
  5. D; That is so sad.. i wish i was by my dad side when he passed away too .

    good luck for d contest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru baca komen ko dilla, tak perasan sebelum ni. yup2 to everyone who lost those persons they love. salam takziah

      Delete
  6. kira baru kawin lah kan ?
    semoga kekal till jannah sis :)
    nice story... nak join lah
    amal follow sini

    RM100X2PEMENANG
    http://sayacikamal.blogspot.com/2013/06/mini-giveaway-by-zakieazid.html

    ReplyDelete
  7. sweet lah!
    Dari GA yang sama. Done follow you, follow me back ok?:)

    dear,my stowy here
    http://ceritasamofa.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html

    ReplyDelete
  8. done follow # 29

    bw dari segmen sama :)

    follow me back ^_^

    http://www.kanvasdakwat.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html


    menarik ;)

    ReplyDelete
  9. Tahniah awak pemenang :) done follow sini :) kalau sudi follow la balik yea? and jemput join my 1st ga ni :
    http://ourrandomrainbow.blogspot.com/2013/06/mari-mari-mari-terjahhhh-d.html

    thanks :)

    ReplyDelete
  10. TAHNIAH!!! Anda telah dipilih sebagai pemenang bagi GA Contest Gila #4: 110 Juta Kenangan.

    Mohon memberikan Nama dan Alamat anda kepada email saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk saya poskan hadiah dengan Pos Ekspress/Pos Laju. Sekiranya sampai hari Ahad, 30 Jun 2013 saya masih lagi tak dapat email dari anda, maka kami terpaksa memilih pemenang lain di kalangan peserta yang lain.

    ReplyDelete
  11. Taniah anda pemenag utamanya

    ReplyDelete
  12. menyentuh kalbu cerita kau bro. huhuhuhuhu,

    ReplyDelete
  13. tahniah menang
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete